fbpx

Netflix Adalah Syarikat Meningkat Naik Ketika Perintah Berkurung

0 100

Pada ketika banyak syarikat menghadapi masalah ketidakhadiran pelanggan ke premis, kedai ditutup, aliran tunai tersekat dan kehilangan kaki tangan, pasti kita tertanya-tanya bagaimanakah mereka mampu bertahan.

 

Namun disebalik kesemua ancaman tersebut, ada syarikat yang masih lagi mampu bertahan sehingga ke tika dan saat ini. Salah satunya adalah syarikat media penstriman popular dunia iaitu Netflix.

 

Advertisement

Netflix adalah sebuah medium penstriman yang membolehkan kita menonton pelbagai rancangan televisyen, filem, dokumentari dan banyak lagi. Bahkan wadah penstriman ini mendaki posisi nombor satu sehingga mampu menggantikan fungsi televisyen biasa.

Namun tahukah anda, Netflix adalah antara syarikat yang meningkat naik ketika hampir keseluruhan dunia dalam perintah berkurung.

 

Buat mereka yang agak malas melakukan aktiviti fizikal di rumah, Netflix adalah jawapan paling ideal untuk membendung rasa bosan ketika perintag berkurung.

 

Tahun ini sahaja, terdapat peningkatan yang begitu ketara buat Netflix. Hal ini boleh dibuktikan apabila hamoir 16 juta orang mendaftar akaun baru untuk tiga bulan pertama tahun 2020.

 

Ianya meningkat hampir dua kali ganda berbanding bulan-bulan terakhir tahun 2019. Namun begitu, populariti dan keuntungan syarikat bergantung kepada akses esklusif yang ditawarkan oleh stesen televisyen untuk menayangkan drama dan filem mereka.

 

Bacaan berkaitan: Bagaimana Netflix Buat Duit?

Bacaan berkaitan: Bagaimana Pengeluar Filem Buat Duit Melalui Netflix

 

Kehadiran koronavirus menyukarkan lagi pihak produksi untuk menghasilkan produk baru lantas menghalang penayangannya di televisyen. Bukan itu sahaja, aktiviti pengambaraan terpaksa diberhentikan bagi menghalang penularan koronavirus.

 

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sebuah isu utama. Hal ini demikian kerana, Netflix akan terus menjadi syarikat ataupun media yang tidak akan terkena tempias koronavirus.

 

Strategi perniagaan wadah penstriman ini juga kelihatan begitu sesuai dengan populasi warga dunia yang yang berada di rumah kerana perintah berkurung.

 

Natijahnya, jika Netflix berjaya bertahan sehingga ke era pasca-koronavirus pasti ianya akan jadi antara gergasi di dunia. Mungkin juga akan ada beberapa syarikat yang mencabar status quo Netflix sebagai wadah penstriman popular.

Source Plummer, R. (2020, April 26). Coronavirus: Five firms booming despite the lockdown. CNN Business.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.