Ninja Van Memantapkan Penggunaan Titik Penerimaan dan Penghantaran (PUDO)
Ninja Points menyimpan bungkusan pelanggan untuk penerimaan dan penghantaran mengikut kesesuaian mereka
SHAH ALAM, 10 Februari 2020 – Ninja Van akan meningkatkan lagi kecemerlangan operasinya melalui pemantapan konsep titik penerimaan dan penghantaran, PUDO (PickUp DropOff) dengan kerjasama rangkaian kedai runcit dan penyediaan peti bungkusan berkunci bagi memberi kemudahan maksimum kepada pelanggan.
Baru-baru ini, syarikat logistik ekspres berkenaan telah memeterai kerjasama tiga pihak dengan 7 Eleven dan Razer Merchant Services yang menyasar untuk mendaftarkan 149 lagi kedai sebagai Ninja Points di dalam fasa pertama. Konsep PUDO ini pasti memberi manfaat kepada pelanggan, peruncit dan penyedia perkhidmatan logistik kerana ia mampu membawa lebih ramai pengguna ke kedai di samping membuka perkhidmatan tambahan untuk pelanggan memproses bungkusan mereka dan membantu penyedia perkhidmatan logistik meningkatkan kecekapan kos dengan penghantaran berasingan ke satu lokasi strategik.
Advertisement
“Kami sentiasa mengembangkan lagi rangkaian serta jangkauan kami bagi menyampaikan khidmat kepada lebih ramai pelanggan melalui kerjasama dengan rangkaian kedai runcit dan kedai serbaneka yang ditempatkan secara strategik untuk mendaftar sebagai Ninja Points. Setakat ini, kami mempunyai lebih 1,000 Ninja Points untuk peniaga menghantar dan pembeli menerima bungkusan mereka. Kami juga bercadang untuk meluaskan lagi perkhidmatan kami di Johor Bahru dan Pulau Pinang menjelang suku kedua 2020. Daripada jumlah itu, 86 peti bungkusan berkunci automatik yang juga dikenali sebagai Ninja Box telah ditempatkan di setiap stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL dari Gombak hingga ke Puchong, menjadikan kami penyedia rangkaian peti bungkusan berkunci terbesar di Lembah Klang,” Ketua Negara Ninja Van Malaysia, Adzim Halim.
Ninja Van baru-baru ini telah memperkenalkan ciri “live chat” yang menawarkan bantuan segera kepada penghantar dan pembeli untuk mengesan kedudukan bungkusan mereka berada pada masa sebenar. Ciri berkenaan adalah penting dalam memberi ketenangan kepada pengguna mengenai keselamatan dan lokasi bungkusan mereka, sekali gus meningkatkan lagi pengalaman pengguna. Adalah penting bagi industri sokongan e-dagang untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan pertumbuhan sektor e-dagang ASEAN, yang nilai bersihnya dijangka mencecah AS$153 bilion pada 2025.
Dengan penambahbaikan kecekapan operasi, Ninja Van berupaya mengendalikan dan menyempurnakan lebih banyak penghantaran tahun ini. Ia merupakan satu-satunya pemain logistik di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran pada keesokan hari dengan prestasi yang luar biasa di bandar-bandar utama. Bagi memulakan tahun 2020, Ninja Van baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan platform e-dagang Shopee, yang menyertai portfolio lebih 35,000 perniagaan serta penjual yang menggunakan perkhidmatan logistiknya. Mengulas tentang bagaimana ia akan mengendalikan pelbagai kempen dan kemuncak musim membeli-belah Shopee, Adzim menegaskan bahawa Ninja Van akan memanfaatkan liputannya yang meluas dan teknologi tercanggih sambil mengekalkan kecekapan semasa tempoh kemuncak di sepanjang tahun.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Industri e-dagang di Malaysia kini sedang melonjak naik dengan unjuran kadar pertumbuhan lebih daripada 20% tahun ini. Peningkatan jumlah pengguna yang membeli-belah di dalam talian turut meningkatkan lagi jangkaan mereka terhadap penghantaran yang lebih pantas. Untuk memastikan pelanggan sentiasa menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, memuaskan dan menyeronokkan, kami telah melantik Ninja Van sebagai rakan logistik pihak ketiga (3PL) terbaru kami di Malaysia. Lebih-lebih lagi, keupayaannya untuk menghantar barangan bersaiz besar memberi kemudahan yang lebih kepada pengguna kami apabila mereka membeli kelengkapan rumah yang besar. Kami telah berjaya memulakan kerjasama ini semasa Jualan Tahun Baru Cina kami baru-baru ini, dan inisiatif ini disambut baik oleh pengguna kami memandangkan pesanan untuk barangan bersaiz besar meningkat 3 kali ganda berbanding tempoh sama pada 2019. ”
“Pencapaian ini sangat memberangsangkan kerana ia membuktikan bahawa kami telah membuat keputusan tepat untuk mengembangkan segmen ini. Melalui penyertaan Ninja Van ke dalam keluarga 3PL kami, kami berupaya memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan sementara kami bersedia untuk Hari Raya, di samping memberikan lebih banyak pilihan penghantaran kepada penjual, membolehkan mereka turut sama sentiasa meningkatkan pengalaman pelanggan mereka,” tambah Ho.
Ninja Van melihat kerjasama ini sebagai satu permulaan terbaik untuk menyampaikan khidmat kepada lebih ramai rakyat Malaysia dengan perkhidmatan penghantarannya yang berkualiti tinggi. Syarikat logistik ini berupaya mengendalikan penghantaran sehingga 90kg untuk pelanggan Shopee; dengan itu membolehkan penghantaran barangan bersaiz besar seperti mesin basuh, kabinet, sofa, penyaman udara dan kelengkapan dapur. Ini adalah tambahan kepada peningkatan aktiviti membeli-belah yang berlangsung semasa musim kemuncak platform berkenaan di sepanjang tahun seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, 9.9, 11.11 dan 12.12.