fbpx

Pakej Rangsangan Bergantung Pada Impak Penularan Koronavirus – Lim Guan Eng

MOF akan mendapatkan input daripada KKM

0 216

BUTTERWORTH, 9 Feb — Kementerian Kewangan akan melihat tempoh impak penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) ke atas negara sebelum menentukan jumlah pakej rangsangan ekonomi untuk membantu sektor yang terjejas.

Menterinya Lim Guan Eng berkata pihaknya akan mendapatkan input dari segi tempoh impak dan kesan penularan koronavirus terlebih dahulu daripada Kementerian Kesihatan.

Advertisement

“Tunggu kita buat kerangka kerana perkara (pakej rangsangan ekonomi) ini tidak boleh buat secara tergesa-gesa. Biarlah kita nilai dari segi impak supaya kita dapat pastikan mereka yang terjejas dapat bantuan. Ada banyak analisis ekonomi bahawa penularan ini (koronavirus) tidak dilihat sebagai berlarutan untuk jangka masa panjang.

Baca: China Dijangka Umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi

“Itulah sebabnya kita nak pastikan ia (pakej rangsangan) memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya untuk membolehkan mereka terus kekal. Apabila kerajaan mulakan pakej rangsangan ekonomi ini maka dapat pastikan pertumbuhan ekonomi terus mampan.

“Kita nak dapat semua maklum balas daripada pelbagai pihak seperti saya sebut semalam kita akan mulakan proses perbincangan mulai esok (Isnin) dengan sektor pelancongan dan kemudian sektor-sektor yang lain,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan ahli ekonomi yang menyatakan peruntukan antara RM10 bilion hingga RM15 bilion dijangka diperlukan bagi menangani impak ekonomi ke atas negara kesan daripada penularan koronavirus dengan tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan, pembuatan, kesihatan dan pendidikan.

Baca: Impak Koronavirus Pada Industri Pelancongan

Ditanya bila pengumuman pakej rangsangan ekonomi itu akan dibuat, beliau berkata pihaknya perlu membentangkannya di mesyuarat Kabinet terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan serta input daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara tersebut.

“Kita nak buat dalam masa terdekat tapi kami nak bentangkan kepada Kabinet dulu. Kami perlu dapatkan juga pandangan dan input daripada perdana menteri,” katanya.

Source Bernama
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.