fbpx

Pandemik Yang Menguntungkan Houthi

0 1,678

Terkadang pening juga dengan perangai bangsa Arab. Sudahlah sebangsa (majoriti seagama pula), tetapi masih berperang.

Perangai ini ternyata jauh berlainan untuk dibandingkan dengan bangsa Nusantara dan Asia Tengah. Selesai saja peperangan lama, mulakan konflik baru.

Advertisement

Rakyat Yaman sekarang ini masih dibelasah akibat sebuah peperangan saudara yang bermula pada 16 September 2014.

Syiah Zaydi katanya tidak berpuas hati dengan dasar pro-Sunni. Jadi mereka memberontak susulan arus kebangkitan yang menjatuhkan Presiden Ali Abdullah Saleh.

Pengganti Saleh pula ialah Abdrabbuh Hadi, yang kemudian ditentang Zaydi menerusi perjuangan dalam pihak Houthi. Kerajaan Hadi telah digulingkan kerana pemberontakan Houthi.

Jadi Arab Saudi pun membuat campurtangan bermula 26 Mac 2015. Hampir enam tahun kemudian, konflik ini masih berlarutan dengan majoriti besar dikuasai Abdrabbuh Hadi.

Merah (Hadi) | Hijau (Houthi)
Merah (Hadi) | Hijau (Houthi)

Enam tahun berjuang, Hadi masih lagi tidak boleh bersorak gembira kerana ibu negara Sana’a masih dalam pegangan Houthi dan kawasan Hadi kebanyakannya dihimpit kemiskinan.

Rumusan ini juga bermakna Saudi gagal menundukkan Houthi bagi pihak Hadi yang terpaksa menebal muka kerana Yaman sedang mengalami malapetaka kemanusiaan paling teruk dunia.

Seramai 20 juta rakyat diancam kelaparan (Borger, 2015). Begitu lama Arab Saudi berusaha, disokong pula dengan agensi perisikan Amerika Syarikat tetapi Houthi masih mempertahankan kedudukan.

Bacaan berkaitan: Arab Saudi Menghampiri Perdamaian Bersama Israel

Bacaan berkaitan: Pakistan, Budak Suruhan Saudi

Begitu lama Arab Saudi giat mencari strategi untuk keluar daripada Yaman. Jika keluar begitu sahaja, mesti Arab Saudi teruk diaibkan kerana jelas sekali akan kalah (sekarang pun jelas).

Walau bagaimanapun pada tahun 2020, Saudi mempunyai asbab sangat kukuh untuk keluar.

Pandemik Covid-19 membolehkan Saudi keluar dengan mudah (Ben-Meir, 2020). Jika Saudi keluar, Hadi akan berdepan dengan banyak masalah.

Hal ini demikian kerana dalam keadaan dibantu salah satu kuasa besar rantau pun, Hadi gagal mengambil alih. Persoalannya, bagaimana pula jika Hadi keseorangan menentang Houthi?

Source Ben-Meir, A. (2020, April 18). The Saudis’ War in Yemen is a Crime Against Humanity. The Globalist. Borger, J. (2015, Jun 5). Saudi-led naval blockade leaves 20 m Yemenis facing humanitarian disaster.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.