fbpx

Pasaran Telefon Pintar Pun Sakit Juga

0 795

Koronavirus telah membawa satu sentimen lain dari lain ke seluruh dunia. Bahawasanya keperluan perlu mengatasi kehendak, sekurang-kurangnya bagi 2020.

 

Kalau ingin beli apa-apa yang biasanya kehendak pun, biarlah bila dalam keperluan. Misalnya telefon pintar tidak penting untuk dibeli jika masih boleh digunakan – tetapi kalau telefon pintar sedia ada sudah rosak, maka belilah yang baru.

 

Advertisement

Punca utama sentimen ini sedang memaut rakyat terletak kepada situasi juga. Jika difikirkan, ramai pada ketika ini berada dalam trend kehilangan pekerjaan.

Dengan erti kata lain, tiada siapa yang selamat. Jadi simpanan yang lumayan dalam akaun perlulah dibelanjakan sebaik-baiknya, andainya malang muncul tiba.

 

Namun jika kesemuanya berfikiran sedemikian pun susah juga. Bukan selalu orang beli telefon pintar. Mungkin ada yang guna dalam tempoh 12-24 bulan.

 

Malah Xiaomi Redmi Note 2 juga ada yang masih menggunakannya sejak pembelian pada tahun 2016 pun.

Jadi salah satu cara untuk memaksa pembelian telefon pintar baharu adalah dengan cara tidak popular: batalkan keserasian sistem (system compatibility) model-model lama.

 

Dengan cara ini juga boleh membunuh syarikat dalam pasaran, atas persaingan yang sudahpun ketat. Tiada siapa yang waras suka dipaksa. Jadi mahu atau tidak, industri telefon pintar sekarang ini berdepan dengan situasi pedih.

 

Mereka tidak boleh harapkan pasaran sebuah negara sahaja. Dianggarkan sehingga 2021, pasaran telefon pintar akan kekal dalam mendapan dengan penurunan -12%.

 

Hal ini bermakna berkemungkinan besar 1.2 bilion unit tidak terjual sepantas selalu. Sehingga 1 Jun 2020, penghantaran telefon pintar (daripada syarikat pengeluar) telah menyusut -18.2%.

Dengan negara-negara besar masih lagi bergelut dengan tempias koronavirus, mustahil sangat jika baki enam bulan ini akan berbeza.

 

Namun begitu, pengeluar-pengeluar telefon pintar masih mempunyai pelampung yang sangat unggul.

 

Teknologi 5G sedang bersinaran seperti pancaran harapan bagi masa depan. Dijangka selepas koronavirus ditewaskan, telefon-telefon pintar akan diburui dengan pantas untuk merangkul kehebatan 5G.

 

Namun tiada siapa tahu tempoh masa sebenar antara sekarang dan hari kemenangan. Maka satu realiti yang mungkin menjelma: jualan murah kerana lambakan telefon pintar. Mendapan dalam pasaran telefon pintar tentu sekali boleh dibendung jika model-model diletakkan harga lebih murah.

Source Diaconescu, A. (2020, Jun 4). This year’s global smartphone market decline can only be slowed down by cheap 5G models. Phone Arena.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.