
Pasaraya Di UK Lancar Insentif Beri Makanan Percuma
Rangkaian pasaraya Iceland di United Kingdom melancarkan insentif pemberian makanan secara percuma kepada pelanggan mereka. Insentif ini dibuat bagi mengelakkan pembaziran makanan terutama makanan yang menghampiri tarikh luput.
Insentif ini menyaksikan Iceland bakal memberi lebih 1.3 juta makanan berjumlah £500,000 setahun kepada pelanggan dan menyelesaikan isu pembaziran makanan mereka. Semua barangan makanan yang dipesan dan dihantar kepada pelanggan sebelum ini berada di rak jualan sekurang-kurangnya dua hari.
Advertisement
Sebelum insentif ini dilancarkan, insentif pemberian makanan percuma ini dibuat dalam bentuk fasa percubaan di 40 buah stor mereka. Keputusan percubaan mendapati pasaraya berjaya memberi lebih 17,000 produk makanan secara percuma dan pelanggan mendapat pulangan wang £1.58 bagi setiap pesanan.
Untuk insentif ini, pelanggan tidak perlu berbuat apa-apa. Sekiranya produk yang dipesan pelanggan tinggal satu dan mempunyai tarikh yang sama, ia akan diimbas, dilabel dan diletakkan dalam troli membeli-belah sebagai normal. Pelanggan akan diberitahu tentang produk percuma yang diberi Iceland sebelum penghantaran dan tidak akan dikenakan caj harga asal.
Semua makanan sejuk beku, segar, kek, roti dan barangan waktu pagi dimasukkan dalam skim berkenaan. Pengarah Urusan Iceland Foods, Richard Walker menyifatkan insentif ini bukan saja bersifat mesra alam sekitar. Malah, ia diharap dapat membantu meringankan kos kewangan pelanggan untuk perbelanjaan runcit mereka dan mengurangkan pembaziran makanan.
RUJUKAN
Munbodh, Emma. (2021, 22 Oktober). Iceland giving away free food to shoppers in bid to stop items going to waste. Daily Mirror.
Sumber gambar: Gazette