
PayPal: Platform Pembayaran Dalam Talian Terawal Dunia
Nak beli apa-apa barang hari ini memang mudah. Semuanya sudah tersedia dihujung jari dan kita tidak perlu lakukan banyak pergerakan dengan adanya pembayaran dalam talian. Tapi macam mana pembayaran dalam talian ini boleh wujud dan siapa perintisnya sehingga menjadi semaju sekarang?
Semuanya bermula dengan cetusan idea Peter Thiel dan Max Levchin bagi memberi perkhidmatan pembayaran dalam talian kepada syarikat-syarikat kecil pada 1998 di Amerika Syarikat. Namun ketika itu PayPal, belum wujud lagi secara rasmi kerana Peter Thiel dan Max Levchin hanya menubuhkan Confinity sebagai percubaan. Memasuki tahun 1999, barulah Confinity melancarkan pembayaran secara dalam talian melalui emel.
Advertisement
Elon Musk yang ketika itu baru mengasaskan X.com telah bergabung dengan Confinity bagi membentuk PayPal bagi mengelakkan persaingan sesama sendiri. Elon Musk sendiri melihat internet semakin berkembang walaupun tidak digunakan oleh semua orang. Elon Musk percaya, suatu hari nanti internet akan menjadi satu keperluan asas dan tidak mustahil manusia bakal menggunakan pemabayaran dalam talian dengan lebih kerap.
Pengabungan itu menjadikan Elon Musk sebagai pemilik saham terbesar PayPal di samping pemilik Confinity iaitu Peter Thiel dan Max Levchin.
Ebay yang merupakan platform pembelian dalam talian menyedari PayPal sangat membantu melincinkan urusan pembayaran pelanggan bagi membeli barangan. Maka bermula tahun 2002 telah mengambil alih sepenuhnya PayPal dengan bayaran $1.5 bilion. Dapat sahaja PayPal, Ebay telah mengemaskini fungsi terbaru dengan memautkan PayPal kepada akaun bank pengguna. Bermakna urusan perpindahan wang untuk jual beli dalam talian semakin mudah.
Melalui fungsi baru tersebut, PayPal semakin mendapat tempat di hati masyarakat dunia. Malah menjelang tahun 2006, PayPal mula menerima mata wang asing seperti dolar Singapura dan franc Swiss dalam platform mereka.
Masuk sahaja tahun 2007, PayPal semakin berkembang apabila memperolehi lesen EU. Secara tidak langsung, PayPal boleh beroperasi di negara-negara Eropah yang menjadikan EU sebagai mata wang rasmi bahkah jumlah pengguna platform tersebut meningkat berkali ganda.
Setahun kemudian, PayPal telah bekerjasama dengan Mastercard. Hal ini adalah bagi memudahkan pengguna membayar melalui PayPal di platform Mastercard. Dengan segala perkembangan ini, PayPal berjaya menjana pendapatan sebanyak $1.8 bilion.
Bagi terus menguasai pasaran, PayPal juga telah menyediakan platform pembayaran yang boleh dimuat turun terus daripada telefon pintar dengan sistem operasi IOS dan android. Tindakan itu berkesan apabila PayPal menerima keuntungan yang agak luar biasa.
Namun, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. PayPal telah berpisah dengan Ebay pada tahun 2015 tetapi mereka kekal bekerjasama sehingga menuju tahun 2023.
Perpisahan itu langsung tidak memberi kesan kepada PayPal apabila membeli platform pembayaran atas talian Sweden iaitu iZettle yang membuatkan syarikat tersebut berjaya menembusi lebih banyak pasaran di seluruh Eropah dan Amerika Latin.
Hari ini boleh dikatakan, PayPal telah berfungsi dihampir setiap negara dan mereka beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memudahkan pelanggan membuat bayaran.
Kesimpulannya, apa yang dilakukan PayPal adalah memasuki pasaran pada ketika orang ramai sangat asing dengan pembayaran dalam talian. Selepas pembayaran dalam talian semakin dikenali, PayPal turut sama berkembang dan tidak mati sebagaimana syarikat lain.
Jadi sebagai permula trend, untuk bertahan bukan mudah kerana pesaing akan sentiasa muncul dengan idea yang bisa mengatasi kita. Apa boleh kita buat adalah ikut rentak mereka dan keluarkan produk sama yang lebih berkualiti ataupun lebih sahaja syarikat mereka.
RUJUKAN:
O’Connell. (2020, Januari 2). History of PayPal: Timeline and facts. The Street. Dipetik daripada https://www.thestreet.com/technology/history-of-paypal-15062744
Ricther, B. (2018, Julai 18). PayPal history: looking back at the milestones. Electronic Payments International. Dipetik daripada https://www.electronicpaymentsinternational.com/news/paypal-history-milestones/