fbpx

Pejabat WHO & Makmal Virologi Wuhan Digodam

1 26,614

E-mel, kata laluan dan dokumen WHO, Wuhan Institute of Virology serta organisasi lain telah dibocorkan oleh penggodam.

 

Penggodaman ini telah berlaku sekurang-kurangnya selama 4 hari atau sejak 19 April. Ianya adalah berdasarkan tarikh di laman web di mana penggodam dipercayai telah mencampakkan data. Penggodam ini menggodam Makmal Wuhan, WHO dan beberapa organisasi utama lain.

 

Nampaknya penggodam ini didorong oleh keinginan untuk mengetahui kebenaran mengenai coronavirus. Pasukan penggodam telah menyasarkan entiti terpenting yang terlibat dalam wabak global ini.

 

Tidak jelas berapa banyak rangkaian yang digodam tetapi ini adalah serangan terancang terhadap beberapa pemain utama dalam perniagaan berasaskan kesihatan dunia.

 

Di bawah ini saya telah menyenaraikan beberapa organisasi dan orang yang didakwa telah digodam.

1. WHO (The World Health Organization)
2. CDC (Center For Disease Control)
3. Bill Gates (Vaccines)
4. Gates Foundation
5. World Bank
6. Wuhan Institue of Virology
7.National Institute of Health

 

Data Apa yang Telah Digodam?

E-mel, Kata Laluan, Dokumen, Maklumat Masuk, Data Peribadi, Fail, dan apa sahaja yang boleh anda simpan di komputer.

 

Laporan dari SITE ada menyatakan analisis teratur mengenai data log masuk yang telah digodam.

Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan “China GOB Leak”.
Dan berikut adalah jumlah Kredensial yang Dibuang Setiap Organisasi

1. National Institute of Health — yang dapat 9,938 set
2. Center for Disease Control — yang dapat 6,857 set
3. World Bank — yang dapat 5,120 set
4. World Health Organization — yang dapat 2,732 set
5. Bil Gates —
6. Gates Foundation — yang dapat 277 set
7. Wuhan Institute of Virology — yang dapat 20 set

 

Semua data telah disahkan nyata melalui analisis dari pakar keselamatan siber dari Australia.

 

“An Australian cybersecurity expert, Robert Potter, said he was able to verify that the WHO email addresses and passwords were real.”
Seattle Times

 

Bagaimana Semua Organisasi Ini Berhubung?

Kesemua organisasi ini berperanan dalam dalam tindak balas terhadap coronavirus dengan cara tertentu.

 

Mengapa Organisasi Ini Digodam?

Seperti sedia maklum, bahawa selama berminggu-minggu kita telah dikabarkan menegenai coronavirus mungkin dibuat oleh manusia dan juga ada penyembunyian mengenai cerita sebenar coronavirus dari China.

Nampaknya para penggodam telah memasuki rangkaian ini untuk mencari-cari atau setidaknya menyiasat kebenaran di sebalik desas-desus ini.

 

Bagaimana WHO, GATES Foundation dan lain-lain boleh digodam?

Bloomberg telah menghubungi beberapa pegawai atasan WHO dan mengetahui bahawa penggodaman itu nampaknya disasarkan kepada akaun e-mel peribadi dan pejabat pegawai atasan. Penggodam menggunakan kaedah pancingan data.

You might also like
1 Comment
  1. Miss Delaila says

    Susu Kambing Segar Rawang

    Produk Sangat Berkualiti!!!
    💫100% Segar Dari Ladang
    💫100% Tulen
    💫100% Tiada Bau
    💫100% Tiada Pengawet
    💫100% Tiada Pemanis
    💫100% Tiada Perasa Tambahan

    🌸250ML/Botol

    🌸10-50 Botol = Rm5.00/Satu
    🌸51-100 Botol = Rm4.50/Satu
    🌸101-Ke-Atas = Rm4.00/Satu

    🌸Self Pickup Tiada Minimum Buy-Lokasi Di Blok Dahlia, Taman Tun Teja Rawang
    🌸Penghantaran Boleh Deal Tepi-Pembelian minima 10 botoL

    Whatsapp Saya Sekarang
    Ms Delaila –
    http://www.wasap.my/601110019338/SusuKambingFresh

Leave A Reply

Your email address will not be published.