fbpx

Pekerja Belakang Tabir Hollywood Nak Mogok?!

0 314

Hollywood meluluskan usul untuk mengadakan mogok. Langkah ini jika diteruskan, sudah pasti akan menjejaskan semua aktiviti penggambaran filem dan televisyen di Amerika Syarikat.

Keputusan yang dibuat oleh Perikatan Pekerja Pentas dan Teater Antarabangsa (IATSE) bukan sesuatu yang mengejutkan. Dalam era pandemik di mana pekerja sudah mula mengejar keseimbangan hidup dan pekerjaan, hal ini sudah pasti akan menjadi perhatian.

Advertisement

Ramai pekerja belakang tabir mengadu terpaksa bekerja lebih lama dan tidak diberi jaminan rehat atau waktu makan. Selain itu, krew penggambaran yang terlibat untuk drama bersiri dan filem terbitan penyiar digital seperti Netflix dan Hulu menggesa mereka diberi gaji yang lebih setimpal sebagai tukaran kepada titik peluh mereka untuk siri-siri berkenaan.

Lebih 50,000 orang ahli IATSE menyokong usul menghentikan kerja-kerja di set penggambaran (98%) berbanding 2% yang menentang. Keputusan ini menyusul selepas rundingan antara IATSE dengan Pakatan Penerbit Filem dan Televisyen (AMPTP) berakhir dengan kegagalan. Rundingan kedua-dua pihak berkenaan pelan lebih baik untuk pekerja belakang tabir termasuk penambahbaikan gaji dan waktu rehat serta pelan kesihatan dan pencen berjumlah AS$400 juta.

Tetapi bagi presiden IATSE, Thomas Loeb, dengan keputusan undian usul berkenaan, ini menunjukkan ahli-ahli sudah tidak tahan dengan situasi mereka. Jika mogok satu-satunya cara untuk mendorong entiti-entiti Hollywood bersikap adil terhadap mereka, maka ia perlu dilakukan.

Bukan sedikit yang merungut tentang situasi pekerjaan mereka. Ada yang mengadu bekerja 15 jam sehari dan ada juga mendakwa dipaksa bekerja sekitar 70 hingga 80 jam seminggu. Ada juga pekerja mengadu terpaksa menjalani pembedahan lutut dan belakang serta berdepan prospek perceraian.

Di sebalik prospek mogok akan diadakan, ada ahli IATSE berharap keputusan undian akan mendorong AMPTP untuk berkompromi dan menawarkan perjanjian yang lebih baik kepada mereka. Kali terakhir Hollywood menjadi saksi mogok ialah pada 2007 dan 2008.

Pada dua tahun berkenaan, persatuan penulis Hollywood mengadakan mogok bagi mendesak tawaran bayaran yang lebih baik untuk perkhidmatan mereka. Mogok tersebut diadakan di sebalik kebangkitan program realiti televisyen dan populariti bintang-bintang realiti seperti bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan keluarga Kardashian.

AMPTP kini berdepan tekanan bukan saja daripada IATSE tetapi juga dari Kongres. 106 ahli Kongres menggesa penerbit dan studio perfileman agar bersikap adil kepada pekerja mereka termasuk dari segi gaji dan hak mereka.

Mogok juga dijangka akan menjadi pencetus pertembungan antara IATSE dengan penyiar-penyiar digital seperti Amazon dan Netflix. Ini kerana entiti-entiti ini mengambil kesempatan daripada situasi mereka dan tidak mengenakan bayaran setimpal jika dibandingkan dengan bayaran daripada rangkaian stesen-stesen televisyen. Bagi mereka, situasi ini tidak adil dan memperlihatkan kebajikan pekerja belakang tabir sebagai terabai.

RUJUKAN

Morris, Regan. (2021, 5 Oktober). Hollywood union workers vote to authorise strike. BBC News.

Kredit gambar: BBC News

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.