fbpx

Pekerja Di Jepun Bekerja Sehingga Usia 80 Tahun

0 634

Jika anda berkunjung ke kedai barangan elektrik Nojima di Jepun, usah terkejut sekiranya yang melayan anda ialah jurujual berstatus warga emas.

 

Salah seorang daripada mereka ialah Tadashi Sato, 72, seorang kerani stor Nojima di Fujisawa, selatan Tokyo. Tambah Sato, ini mungkin bakal menjadi lumrah dalam mendepani realiti pertambahan rakyat berstatus warga emas di Jepun.

 

Advertisement

Dalam satu langkah yang dianggap jarang dibuat oleh firma Jepun, Nojima memutuskan membenarkan pekerja mereka terus kekal bersama syarikat sehingga mencecah usia 80 tahun.

Di bawah skim berkenaan, 3,000 pekerja boleh terus bekerja sehingga 80 tahun menerusi kontrak tahunan boleh diperbaharui bila mereka mencecah usia persaraan wajib 65 tahun.

 

Bila ditanya tentang perubahan polisi berkenaan, Sato berkata, “Saya rasa ia sesuatu yang menarik. Saya selalu bayangkan warga emas berusia 72 tahun sebagai orang lama. Tetapi saya merasakan diri saya seperti orang berusia 50-an dan saya berusaha keras agar tidak ketinggalan di belakang orang-orang muda.”

 

Ketika ini, Jepun mempunyai peratusan warga emas teramai berusia 65 tahun ke atas dalam populasi tertinggi sebanyak 28% disusuli oleh Itali sebanyak 23%. Ini berdasarkan data terbaru yang dikumpul Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

 

Pengarah eksekutif Nojima, Yoshiyuki Tanaka melihat polisi ini sebagai cara memanfaatkan mereka sebagai tenaga buruh kontrak dan secara tidak langsung, memberi manfaat kepada pelanggan.

 

Beliau berkata, “Kami mempunyai ramai pelanggan warga emas melawat kedai kami. Terdapat orang muda sebagai pekerja. Tetapi dilayan dengan baik oleh orang sebaya mereka sudah pasti bagus untuk mereka.”

 

Sato yang bekerja di bahagian pemasangan peti sejuk selama 30 tahun sebelum menyertai Nojima pada usia pertengahan 50-an turut bersetuju dengan sentimen Tanaka.

 

Dia menambah, “Ratusan orang terlibat dalam pemasangan sebuah peti sejuk. Dan bagi kami yang berada di bahagian peruncitan, kami berada pada peringkat terakhir proses ini.

 

“Bagi saya, seseorang pelanggan itu seperti seorang menantu lelaki yang dikahwinkan dengan anak perempuan saya.”

Source Agency. (2020). You can retire at 80 if you work for Japanese company Nojima. The Star.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.