fbpx

Pelakon Filem Yang Sebenarnya Robot

0 240

Hiroshi Ishiguro telah menciptakan banyak robot sebelum beliau sedar bahawa keterampilan seperti manusia penting untuk memberikan rasa kewujudannya.

Maka beliau membina sebuah actroid yang nampak seperti seorang wanita Jepun, berkemampuan untuk berbual, berkebil, bernafas dan bersentuhan (Whitehouse, 2005).

Advertisement

Setelah menjayakan pencapaian ini, Ishiguro meletakkan matanya di tempat antara paling popular di dunia.

Dan hasilnya ialah Erica, sebuah robot wanita yang boleh berlakon di Hollywood. Kekurangan Erica untuk mencapai taraf manusia terletak kepada beberapa perkara:

  1. Matanya dibuat daripada plastik.
  2. Suaranya berbunyi sedikit besi, bagaikan sedang bercakap melalui paip.
  3. Ada bunyi kompresor udara semasa berjalan.

Impian Ishiguro hampir tercapai dengan adanya Erica. Beliau membayangkan sebuah dunia penuh dengan Erica, seperti barista, pembaca berita dan pelayan tetamu (Bahr, 2020).

Maka Erica ialah robot paling maju yang Ishiguro pernah ciptakan – dan percaya atau tidak, Ishiguro pernah cipta robot yang mampu bernyanyi dan menyampaikan berita (Miller, 2013).

Namun bukan mudah untuk buatkan Erica sampai berkemahiran begitu. Erica perlu dilatih selama lebih daripada dua tahun yang mana Erica perlu mengikuti persembahan pelakon-pelakon lain (Bahr, 2020).

Erica juga pandai bersoal-soal juga:

Kenapa saya perlu bercakap lebih lembut atau lebih kasar?” tanya Erica, yang melambangkan kekeliruannya untuk faham emosi manusia.

Kenapa saya perlu buat masa ada kamera saja?” tanya Erica lagi, yang menunjukkan sistemnya mampu belajar keperluan.

Cabaran Erica bukanlah untuk menghafal dialog. Sebaliknya ia perlu menyampaikannya dengan emosi paling tepat. Itulah cabaran bagi Ishiguro.

Setakat ini Erica pun terhad juga atau senang kata sangat kayu. Namun pada masa yang akan datang, siapa tahu?

Source Miller, P. (2013, Februari 8). The actors are robots, but the emotion is human. The Verge. Whitehouse, D. (2005, Julai 27). Japanese develop 'female' android. BBC.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.