fbpx

Kesan Cukai Hasil Daripada Belanjawan 2021

0 226

Secara ringkas untuk makluman kalian, belanja yang berlaku pada 2021 nanti, pelepasannya akan dituntut waktu nak isytihar cukai tahun 2022 nanti. Bajet 2021 umum tahun 2020 – Berbelanja tahun 2021 – Tuntut penolakan cukai tahun 2022 waktu nak declare. Ok?

 

Ini pula adalah intipati saya telah letakkan inisiatif cukai dibahagian mana yang akan berubah. Apakah pelepasan cukai 2021 nanti.

 

Advertisement

Relief/Pelepasan Cukai

1. Belanja perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan dari RM6,000 ke RM8,000 maksima setahun.

Belanja perubatan termasuk untuk penyakit macam sindrom Kurang Daya Ketahanan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa.

 

‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonari hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ utama dan pemotongan kaki dan / atau tangan.

 

Resit rawatan dari pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) wajib simpan untuk semakan audit kemudian hari.

 

2. Pelepasan cukai vaksinasi bagi diri, pasangan dan anak RM1,000 maksima setahun.

Rawatan perubatan ni meliputi vaksinasi seperti pneumokokal, influenza dan #COVID-19.

 

3. Pelepasan cukai bagi belanja pemeriksaan perubatan penuh (Full Medical Checkup) yang ditakrif bawah Majlis Perubatan Malaysia (MPM).

Potongan ni terhad untuk RM500 sebelum ni. Dinaikkan ke RM1,000. Bahagian pelepasai cukai ni adalah sebahagian daripada pelepasan di point nombor 1 tadi. Pelepasan point nombor 1 dan point nombor 3 mestilah tak lebih daripada RM8,000.

Medical Check Up

4. Belanja rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dari RM5,000 ke RM8,000.

Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa yang layak untuk potongan termasuk:

(i) Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan yang diperuntukkan oleh rumah penjagaan; dan

(ii) Rawatan pergigian yang dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi dan membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik seperti menggantikan dan membaik pulih gigi yang melibatkan penyatuan, root canal dan gigi palsu.

  • Tuntutan mestilah disokong oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) yang mengesahkan bahawa keadaan kesihatan ibu bapa memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau perkhidmatan penjagaan.
  • Ibu bapa mestilah bermastautin di Malaysia.
  • Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan hendaklah disediakan di Malaysia

 

5. Pelepasan cukai yuran pengajian bagi kursus peningkatan kemahiran oleh badan bertauliah terhad RM1,000 setahun.

 

6. Lanjutan pelepasan Private Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta (SPS) sehingga tahun taksiran cukai 2025.

 

7. Pelepasan gaya hidup dinaikkan dari RM2,500 ke RM3,000. Yang mana RM500 khas bagi belanja berkaitan sukan termasul yuran pendaftaran pertandingan sukan.

Pelepasan gaya hidup yang sebelum ni hanya cover pembelian surat khabar fizikal kini merangkumi belanja surat khabar digital juga.

 

8. Pelepasan cukai bagi pasangan OKU sebelum ni penolakan adalah RM3,500 telah dinaikkan ke RM5,000.

 

9. Lanjutan penolakan cukai atas simpanan bersih SSPN RM8,000 setahun sehingga tahun taksiran 2025.

 

Dah isi e-filing? Kami terangkan langkah-langkah mudah isi e-filing di sini.

 

Kadar Cukai

Penurunan 1 mata peratus cukai bagi range pendapatan bercukai RM50,000 – RM70,000 yang mana sebelum ni 14% kepada 13%.

 

Ia akan bagi kesan kepada individu makan gaji dan individu yang jalankan bisnes Enterprise. Kadar cukai yang disebut diatas bagi kesan pada kadar cukai individu.

 

Pengecualian Cukai

Pampasan hilang pekerja sebelum ni dikecualikan cukai RM10,000 setiap tahun. Selepas ni pelepasan cukai tersebut dinaikkan ke RM20,000 setahun.

 

Baca juga: Ini Adalah 3 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Bayar Cukai

 

Belanja Operasi Bisnes

1. Lanjutan belanja penggajian yang dapat penolakan cukai jika menggaji bekas banduan dan bekas penagih dadah sehingga tahun taksiran 2025.

 

2. Penolakan cukai bagi majikan yang menggaji warga emas, lanjutan penolakan sehingga tahun taksiran 2025.

 

Ini sahaja perubahan terhadap pengecualian, kadar dan pelepasan cukai 2021.

 

Dapatkan info/tips perakaunan dan cukai dari channel Telegram TanyaQuantaMax.banner-artikel-cukai

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.