fbpx

Peletakan Jawatan Shinzo Abe

0 853

Parti Liberal Demokratik (LDP) telah menguasai Jepun sejak tahun 1955. Hanya dua kali sahaja LDP kehilangan kuasa, iaitu antara 1993 hingga 1994 dan 2009 hingga 2012. Sebelum kejatuhan kali kedua, Jepun diketuai seorang ahli politik konservatif dari Tokyo.

 

Namun Shinzō Abe terpaksa meletakkan jawatan kerana menghidapi radang/ulser usus dan rektum. Ubat Asacol telah mempercepatkan pemulihannya (Martin, 2012). Abe pun kembali ke politik dan memimpin LDP dengan kemenangan bergaya dalam pilihan raya.

 

Advertisement

Kerajaan Jepun diberikan nafas baharu dengan dasar kewangan dan fiskal yang berpandukan pertumbuhan melalui pelaburan (BBC, 2012).

Dari sini pemikiran Abenomics mula menjadi kenyataan. Beliau mahu inflasi hanya pada kadar 2%. Rangsangan ekonomi perlu dibuat dengan lebihan bajet kerajaan dan sektor swasta mesti dirombak semula supaya menarik pelaburan.

 

Pendekatan ini mengembalikan kuasa LDP di Dewan Majlis. Kestabilan politik sebegini membenarkan Abe buat apa saja yang diingini, asalkan tidak melanggar peraturan.

 

Salah satu masalah Jepun ialah pertumbuhan populasi yang lemah. Jadi Abe pun membuat inisiatif bantuan perkahwinan untuk memendapkan masalah ini.

 

Pemilihan Fumio Kishida sebagai Menteri Luar Negeri pula menjaminkan bahawa Jepun kekal moderat di mata dunia (Nishiyama, et al., 2012).

 

Hal ini demikian kerana Abe ingin menamatkan status quo dalam diplomasi Jepun yang hanya menumpukan perhatian pada Amerika Syarikat, China dan Korea Selatan. Beliau mengalihkan pandangan pada EU dan Asia-Pasifik juga.

 

Pada masa yang sama, Abe juga ingin menjadikan Tokyo sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2020, yang perlu dilengkapkan dengan robot agar semua nampak keagungan industri robotik Jepun.

 

Kemenangan LDP pada tahun 2015 menunjukkan bahawa Abenomics telah mencapai banyak sasaran.

 

Tanda aras yang belum dicapai diserap masuk dalam Abenomics 2.0. Masalah kesuburan dan jurang antara tua dan muda menghantui Abe, kerana ramai anak muda terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu bapa mereka.

 

Malang sekali Abenomics 2.0 tidak dapat dicapai dibawah pentadbirannya. Pada 19 November 2019, Abe berjaya melepasi rekod Katsura Tarō dan menjadi Perdana Menteri Jepun paling lama.

 

Kariernya sebagai Perdana Menteri menghampiri penamat apabila radang/ulser usus dan rektumnya kembali.

 

Beliau tidak lagi mampu berkhidmat sebagai Perdana Menteri. Jadi beliau meletakkan jawatan dan membiarkan LDP pilih penggantinya.

Source BBC. (2012, Disember 26). Japan’s Shinzo Abe unveils cabinet after voted in as PM. Martin, A. (2012, Disember 16). Japan’s New Leader Says Recovered from Illness. The Wall Street Journal. Nishiyama, G., et al.. (2012, Disember 26). New Japan Premier Pushes for Fast Results. The Wall Street Journal.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.