fbpx

Pelopor Teori Tingkah Laku Ekonomi Menang Nobel Ekonomi 2017

0 99

Setiap tindakan manusia dipengaruhi oleh etika dan tingkah laku. Dalam aspek ekonomi, tingkah laku manusia mempengaruhi pelbagai perkara dari urusan jual beli hinggalah penggubalan polisi dan dasar kerajaan sekaligus membawa kepada teori ‘nudge’ atau penolakan yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi Amerika Syarikat, Richard Thaler.

Atas sebab inilah, Thaler diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 2017.

Advertisement

Teori penolakan atau teori tingkah laku ekonomi berbeza dengan teori ekonomi klasik kerana ia mengambil kira aspek psikologi manusia.

Sementara teori ekonomi klasik pula dipengaruhi oleh logik akal. Teori sebegini boleh diaplikasikan bukan saja dalam situasi perseorangan tetapi dalam konteks yang lebih besar seperti tindakan masyarakat atau trend pasaran.

Contoh paling mudah, Brexit. Semasa keputusan Brexit diumumkan pada musim panas 2016, 52% warga UK memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan 48% lagi memilih untuk kekal.

Menurut Thaler, bila menggunakan teori penolakan pada isu Brexit, beliau mendapati kebanyakan undian dibuat mengikut rasa hati berbanding pilihan yang dibuat secara rasional.

Bagi firma-firma perniagaan terutama pengiklanan dan pemasaran, teori ini amat berguna untuk meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan mereka dengan menukar tingkah laku pengguna.

Teori ini juga boleh digunakan dalam konteks penggubalan polisi terutama polisi bersifat jangka panjang.

Kali terakhir Hadiah Nobel Ekonomi dianugerahkan kepada pelopor teori tingkah laku ekonomi ialah pada tahun 2002.

Pada tahun tersebut, Akademi Sains Kebangsaan Sweden menganugerahkan Hadiah Nobel Ekonomi kepada Daniel Kahneman yang bekerjasama dengan Thaler selama bertahun-tahun.

Dalam satu kenyataan, pihak jawatankuasa berkata, “Sumbangan Richard Thaler telah membenarkan ia sebagai jambatan antara analisis ekonomi dengan analisis psikologi seseorang itu semasa membuat keputusan.

Penemuan empirikal dan teorinya yang berpandangan jauh membolehkan lebih banyak perkara baru dan mengembangkan teori tingkah laku ekonomi yang memberi kesan besar kepada penyelidikan ekonomi dan polisi.”

Thaler yang berusia 72 tahun (75 tahun pada tahun 2020) merupakan seorang profesor dari Universiti Chicago.

Selain terlibat dalam penghasilan buku ekonomi terlaris bertajuk Nudge: Improving Decisions about Health, Wealth, and Happiness pada tahun 2008 bersama Profesor Cass Sunstein, beliau turut membuat kemunculan sebentar dalam filem The Big Short (2015).

Source Chu, B. (2017). Father of 'nudge theory' Richard Thaler wins 2017 Nobel prize in economics. The Independent. Partington, R. (2017). Nobel prize in economics awarded to Richard Thaler. The Guardian. Partington, R. (2017). What is behavioural economics?. The Guardian.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.