fbpx

Pemikir Ekonomi Islam Yang Mendahului Adam Smith

0 371

Adam Smith hidup pada zaman yang sangat berbeza untuk dibandingkan dengan keadaan hari ini. Ketika itu dunia dikuasai kumpulan raja dan maharaja yang menyekutukan kekayaan negara dan harta sendiri dalam sebuah model ekonomi berasaskan merkantilisme (mercantilism).

Kalau tengok model ini, nampak seakan-akan sama dengan kapitalisme. Hakikatnya, tidak. Merkantilisme adalah punca utama di sebalik konflik yang melanda dunia bermula pada abad ke-16. Konflik ini mencapai kemuncak semasa Perang Dunia Pertama.

Advertisement

Kerana model ini menyokong perdagangan… tetapi hanya untuk pengeksportan sahaja. Pengimportan kena tutup habis dengan kadar tariff. Kalau main takat sini, tidak mengapa – tetapi untuk elak import, para raja banyak mengambil tanah orang lain untuk menguasai rangkaian perhambaan dan rempah ratus misalnya (Kenton, 2020).

Rumusan Mercantilism – kumpul, kuasai dan kawal.

Sesudahnya, raja terbabit akan berbelanja secara semborono kerana pandang kekayaan negara sebagai harta sendiri.

Smith datang menggesa supaya raja 1) berbelanja dengan sifat hemah, 2) mengawal perbelanjaan untuk perkara penting dan 3) mencari pendapatan sebanyak mungkin.

Adam Smith.

Walau bagaimanapun, ada seorang pemikir Arab yang membawa cadangan sama. Ibnu Khaldun hidup empat abad sebelum Smith. Menurut seorang profesor di Universiti Georgetown, Ibnu Khaldun telah menyemai benih yang bercambah menjadi ekonomi klasikal dalam bahagian imbangan bekalan dan permintaan. Kedua-dua pemikir agung ini menyokong perdagangan. Tetapi untuk membangunkan perdagangan, perlu ada pembaharuan dalam sektor pengeluaran. Dalam bahasa moden, perkara ini dipanggil labor reform.

Ketiga-tiga cadangan ini jelas melawan arus.  Smith siap bercadang supaya cukai dan tariff dikurangkan untuk merangsang ekonomi tempatan (Yearwood, 2013). Apabila pengaruh diraja mula luntur, pendapat Smith (dan John Maynard Keynes) semakin dijulang menjadi kapitalisme seperti dikenali hari ini.

Ibnu Khaldun.

Smith memberi cadangan dengan contoh sebuah kilang jarum. Sebuah tugasan dibuat secara berkumpulan boleh siap lebih cepat walaupun diulang-ulang. Ibnu Khaldun menulis dalam al-Muqaddimah: “seorang pekerja tidak boleh melengkapkan tugasan, tidak kira sepenuhnya atau secara sebahagian. Dia tidak boleh menyelesaikan sesuatu tanpa sokongan tenaga sekerja. Dengan kerjasama berkumpulan, banyak kerja boleh siap dengan cepat.”

Konteks Ibnu Khaldun tidak terhad pada tugasan pengeluaran sahaja. Kerjasama bagi beliau boleh melicinkan proses perdagangan “antara kota”. Berabad kemudian, Smith memberi cadangan yang kerjasama boleh melicinkan proses perdagangan “antarabangsa”.

Persamaan ini bukan secara kebetulan. Malah Smith tidak mencuri idea daripada Ibnu Khaldun pun. Sebaliknya kedua-dua pemikir ini mempunyai corak pengetahuan yang sama. Mereka hidup dalam zaman yang pemimpin tengok emas dan perak sebagai sumber kekayaan negara. Tetapi pada mata mereka, harta kekayaan sebenar sebuah negara adalah kemahiran buruh (Goldhill, 2017).

Ibnu KhaldunAdam Smith
“Rakyat marhaen yang dengar cakap pemimpin akan fikir bahawa harta mereka akan dikira berdasarkan jumlah lombong emas dan perak dalam negara mereka. Padahal sebuah peradaban menjana pendapatan kerana jumlah buruh, yang menjadi punca keuntungan.”“Kekayaan tidak pernah dikira berdasarkan emas atau perak. Kekayaan sebenar tertakluk pada kuasa buruh dan siapa yang menguasainya, serta siapa yang ingin menggunakan (buruh) untuk pengeluaran tertentu. Harta negara dihitung pada jumlah buruh yang sedia digunakan.”

Dalam bahasa mudah – mana lebih bernilai? Emas atau tangan yang mengeluarkan emas daripada bumi? Itulah corak pengetahuan mereka. Buruh, buruh dan buruh. Buruh menentukan imbangan bekalan dan permintaan.

Buruh menjana ekonomi negara dan menentukan piawaian cukai. Model Khaldunisme masih relevan hingga hari ini. Tiada guna ada sumber alam punya banyak dalam perut bumi… kalau tiada kemahiran untuk mengeluarkannya.

RUJUKAN:

Goldhill, O. (2017, Jun 17). An Arab thinker invented economic theory 400 years before Adam Smith did. Quartz.


Kenton, W. (2020, April 28). Mercantilism. Investopedia.

Oweiss, I. (n.d.)

Yearwood, S. (2013, Julai 28). Smith and Keynes: The Economic Insight They Shared.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.