fbpx

Pengaruh Politik Rust Belt Di Amerika Syarikat

0 297

Pembangunan tidak sekata menghantui semua negara. Amerika Syarikat turut tidak terlepas, kerana zon Timur Laut (Northeastern) dan Tengah Barat (Midwestern) tidak boleh menandingi kemasyhuran ekonomi California, New York serta Washington.

Satu masa dulu Northeastern dan Midwestern mempunyai ekonomi perindustrian yang sangat mapan, dipelopori industri perlombongan (arang batu dan logam) dan automobil.

Advertisement

Namun kedua-dua industri ini semakin menguncup, sekali gus menyebabkan penyahindustrian (deindustrialization), pengurangan populasi dan masalah sosiologi.

Hari ini Northeastern dan Midwestern terkenal sebagai Rust Belt (belitan berkarat). Daripada pertengahan New York hingga Wisconsin, ia merangkumi sejumlah populasi besar terjejas kerana kilang keluar (ke China) dan automasi.

Jadi globalisasi menguntungkan Amerika Syarikat dan juga merugikan negara tersebut. Rust Belt banyak menentang globalisasi, terutamanya kerana China. Jadi apabila bercakap tentang China, semua boleh fikir mengensi Donald Trump.

Semasa berkempen untuk memenangi pilihan raya 2016, Trump banyak menentang China dan globalisasi (perdagangan bebas).

Kelantangan beliau kadangkala menyeberangi sempadan xenophobia dan rasisme tetapi seruan tersebut disahut Rust Belt yang melancarkan revolusi politik tersendiri.

Peta pilihan raya Obama v McCain (2008) & Romney (2012) di Rust Belt

Dalam peta, Indiana (11) menyertai West Virginia (5) dan Kentucky (8) untuk menolak Obama. Negeri-negeri lain seperti Pennsylvania, Ohio, Michigan, Illinois dan Wisconsin menyokong Obama.

Ianya menunjukkan Obama menang begitu mudah tetapi bagi tahun 2016, Rust Belt benar-benar menentang Hillary Clinton kerana bersetuju dengan seruan Trump.

Jadi Trump memperkenalkan tarif perdagangan untuk menghukum China. Akan tetapi, industri logam di Rust Belt tidak begitu berubah pun (Politi, 2019). Ramai kehilangan kerja sehingga  menjejaskan perniagaan kecil-kecilan.

Dalam pilihan raya seterusnya, Trump ditolak tiga negeri Rust Belt yang menghadiahkan Joe Biden 46 kuasa pemilihan yang membantu kemenangan Democratic.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.