fbpx

Pengubahsuaian Genetik Yang Menjadi Realiti

0 390

Bila bercakap tentang pengubahsuaian genetik, tentu sekali ramai akan berprasangka menukarkan ketentuan Tuhan.

Namun hakikatnya, ia menlangkaui naratif sedemikian. Selagi tidak diuji sebegitu rupa, tiada siapa boleh menghayati nasib keluarga yang ada masalah genetik.

Advertisement

Satu masalah genetik pun sudah mencukupi untuk mengubahkan segala-galanya. Bayi boleh jatuh sakit dengan mudah, apatah lagi terdedah dengan kancah kecacatan kekal. Malah masalah genetik juga boleh diwarisi secara turun-temurun.

Misalnya mutasi kromosom boleh menyebabkan Sindrom Opitz-Kaveggia yang menyebabkan masalah mental (Clancy, 2008).

Maka teknologi pengubahsuaian genetik boleh menentukan antara hidup dan mati dengan kesempurnaan atau kecacatan – sama seperti mengubati kanser, membuat pembedahan mikro, menyelesaikan katarak mata dan sebagainya.

Cara teknologi ini bagaikan Microsoft Word sahaja. Ibaratkan membawa penunjuk huruf ke satu huruf salah dalam perkataan. Sebegitu mudah genetik boleh diubah, membetulkan kesalahan yang sekelumit halus.

Namun cabaran di sini berkaitan etikanya. Disebabkan suatu perkara yang sangat rumit sebegini, ramai yang tertanya-tanya jika ada kesan sampingan tidak diingini. Namun situasinya pun jelas juga. Pengubahsuaian tidak dibuat kepada janin itu sendiri.

Sebaliknya ovum yang disenyawakan itu yang dikaji secara mendalam. Jika ada keralatan genetik, lantas teknologi pengubahsuaian digunakan serta-merta. Secara mendalam, ramai saintis risau dengan kekerapan sista fibrosis akibat penyakit sel sabit (sickle cell disease).

Dalam negara-negara yang mengamalkan dasar penjagaan kesihatan universal seperti Malaysia, teknologi ini boleh menjimatkan belanjawan kerajaan untuk mementingkan kecemasan-kecemasan yang lebih berbahaya.

Malah anak cucu yang diselamatkan genetiknya juga boleh menjaminkan perolehan kerajaan melalui percukaian kerana karier lebih dinamik.

Kejayaan teknologi ini boleh memberikan gambaran menyeluruh kepada semua. Dari segi fitrahnya juga, ia tidak mengubahkan ketentuan Tuhan. Sebaliknya ia melengkapkan ketentuan Tuhan dengan menggunakan ilmu dan kepakaran dalam mengharungi cabaran semasa.

Source Clancy, S. (2008). Genetic Mutation. Nature Education. Hafner, K. (2020, Julai 22). Once Science Fiction, Gene Editing Is Now A Looming Reality. The New York Times.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.