fbpx

Penipuan Terhadap Foodpanda

0 1,668

Dalam menghadapi bencana Covid-19, ramai semestinya akan mengambil kesempatan demi kepentingan sendiri.

 

Golongan sebegini tidak kisah pun tentang nasib orang lain. Asalkan keinginan sendiri dapat dipenuhi, walaupun dengan cara kotor iaitu helah penipuan.

 

Advertisement

Bagi Foodpanda, penipuan yang dibuat seorang pemuda 17 tahun tidak boleh dimaafkan. Disebabkan oleh penipu ini, Foodpanda dijangka mengalami kerugian sebanyak S$14,000.

Kredit: SoyaCincau

Jadi mereka pun membuat laporan polis. Pemuda tersebut didapati mengatakan bahawa pengusaha Foodpanda gagal menghantar barangan runcit bernilai S$51.35.

 

Jadi Foodpanda pun memulangkan amaun tersebut (CNA, 2020). Perkara ini berulang selama lapan bulan, dengan jumlah kerugian melebihi S$14,000 (terdiri daripada makanan dan arak).

 

Kiranya barangan dapat, duit pun dapat balik – hidup mahu percuma saja.

 

Kejadian ini boleh diambil iktibar. Malaysia pun mempunyai rangkaian penghantar makanan yang sangat besar. Ramai yang membuat secara bersendirian pun, sambil bergantung pada pendapatan upah sementara mendapat pekerjaan tetap.

 

Kelicikan ini mungkin nampak berbaloi (oleh pelaku). Namun penat lelah mengharungi panas matahari dan jalan raya tidak sama sekali boleh dihalalkan dengan penipuan.

 

Jika Foodpanda yang besar pun boleh ditipu, pengusaha-pengusaha sebegini pun tentu sekali takkan terlepas.

 

Kes terhadap pemuda tersebut masih berjalan. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan selama 10 tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

 

Namun dia dijaminkan sebanyak S$15,000 dan bakal membela diri di mahkmaah pada 22 September kelak.

Source Lam, L. (2020, Ogos 25). Teen charged with cheating Foodpanda deliveryman by lying that he did not receive groceries. Channel News Asia.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.