fbpx

Penurunan Harga Beri Kesempatan Rakyat Miliki Kereta Baharu

0 163

Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengecualikan cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sebanyak 100% dan import sepenuhnya (CBU) sebanyak 50% bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

 

Pengumuman tersebut disambut baik oleh pemain industri automatif dalam dan luar negara. Hal ini demikian kerana, rakyat sudah mula berhati-hati dalam aspek perbelanjaan dikala covid-19 semakin menunjukan taringnya.

 

Advertisement

Dibimbangi pandemik ini akan terus membunuh industri automotif jika tiada pertalian hayat antara pemain industri dan pembeli.

Kredit: Pandulaju

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif, bukan sahaja pelanggan malahan keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar.

“Seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu”, katanya lagi.

Model kereta semasa Perodua merangkumi Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza menyaksikan penurunan sebanyak RM723 sehinggga RM4,674.

 

Myvi sebagai contoh memperlihatkan penurunan harga sehingga RM1,893 di mana sebelum ini harganya adalah sekitar RM41,292 bagi model Myvi 1.3 GMT.

 

Bukan itu sahaja, jenama kereta luar negara pun menunjukkan penurunan harga yang agak drastik kerana pengecualian cukai.

Kredit: Funtasticko

Jenama kereta daripada Jerman iaitu Volkswagen telah menurunkan harga model pemasangan tempatannya sehingga RM9,484 . Angka tersebut menunjukkan penurunan yang agak besar jumlahnya.

 

Penurunan harga itu termasuk juga model-model popular seperti Polo, Vento, Tiguan dan Passat. Manakala kumpulan Golf seperti R-Line, GTI dan R diimport sepenuhnya menikmati potongan sebanyak RM3,881 sehingga RM6,133.

 

Toyota dan Lexus melalui UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menjadi pemain industri automotif ketiga yang mengumumkan penurunan harga sehingga 6%.

 

Menurut presiden UMWT K Ravindran, pengurangan harga yang ditawarkan syarikat itu menjadikan kenderaan Toyota lebih mampu milik. Pelanggan perlu mengambil peluang ini untuk menaiktaraf atau membeli kereta baharu.

 

Beliau juga berkata UMWT turut menawarkan rebat dan promosi bulan yang membabitkan penjimatan tambahan sebanyak RM1,260 sehingga RM6,800 bagi model Toyota.

 

Bagaimana pula dengan harga kereta jenama yang lain? Adakah bakal menunjukan penurunan seperti mana Perodua, Volkswagen dan Toyota?

 

Apa yang pasti harga kereta secara umumnya akan turun tetapi jumlahnya bergantung kepada syarikat automotif itu sendiri. Bagi peminat kenderaan berjenama Honda pasti anda tidak sabar menantikan penurunan harga daripada syarikat automotif itu.

Source Bernama. (2020, Jun 12). Volkswagen turunkan harga kereta bermula 15 Jun-31 Dis, 2020. Mohd Zaky Zainuddin. (2020, Jun 10). Harga kereta Perodua turun hingga 6.0 peratus mulai hari ini. Berita Harian. Mohd Zaky Zainuddin. (2020, Jun 12). Harga kereta Toyota, Lexus turun hingga enam peratus. Berita Harian.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.