fbpx

Peraturan 50/30/20

403

Peraturan 50/30/20 adalah panduan untuk merancang perbelanjaan anda agar dapat bersiap-sedia menghadapi keadaan masa depan yang tidak boleh dijangka.

Perbelanjaan anda boleh dikelaskan kepada tiga:

Advertisement

  • Keperluan (50%)
  • Kehendak (30%)
  • Simpanan & Pelaburan (20%)

Keperluan Anda

50% daripada pendapatan akan dibelanjakan untuk keperluan. Ini adalah perbelanjaan yang penting dan tidak dapat dihindari seperti rumah, makanan, pengangkutan, ubat-ubatan, dan bil utiliti. Apa sahaja yang diperlukan untuk kelangsungan hidup akan dikelaskan di bawah kategori ini.

Kemahuan Anda

30% dibelanjakan untuk kehendak anda. Membezakan antara keperluan dan kehendak tidaklah semudah itu. Kehendak adalah apa-apa sahaja yang “lebih” dan biasanya melibatkan sesuatu yang anda lakukan bukan untuk kelangsungan hidup. Contohnya membeli-belah, melancong, hobi dan keahlian gimnasium.

Pelaburan Anda

Selebihnya (20%) adalah untuk simpanan (termasuk caruman persaraan anda), pelaburan dan untuk membayar hutang. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kusyen keselamatan kewangan yang lebih selesa pada masa hadapan.

Dengan Raiz, anda boleh membuat auto-labur dengan set pelaburan berkala. Dari skrin utama, klik Invest> Recurring. Hanya pilih jumlah dan frekuensi (setiap hari, mingguan atau bulanan).

Peratusan pada peraturan 50/30/20 tidak tetap – ia hanyalah sebagai panduan umum untuk membantu membuat anggaran belanjawan anda. Anda boleh menetapkan peratusan yang sesuai dengan keperluan sendiri untuk mencapai matlamat kewangan anda!

Tahukah Anda?

Anda sebenarnya menyimpan dan melabur sekitar 23% (11% oleh anda + 12% oleh majikan) daripada gaji anda, setiap bulan, dengan KWSP.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.