fbpx

Perjanjian Perdagangan US-China Fasa 1

0 1,685

Hari ini Amerika Syarikat dan China akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 di White House. Perjanjian sepanjang 86 muka surat ini bertujuan meningkatkan pembelian barangan AS oleh China.

 

Perjanjian ini merupakan salah satu elemen penting buat Trump bagi kempen pemilihan presiden yang akan berlansung November nanti. Perkara paling utama dalam perjanjian ini adalah pembelian tambahan daripada China berjumlah USD200 bilion bagi tempoh 2 tahun.

Advertisement

“Our farmers will take it in. I keep saying, ‘Go buy larger tractors, go buy larger tractors,’ Trump

 

China telah bersetuju untuk membuka perkhidmatan kewangannya kepada syarikat-syarikat AS dan tidak akan lagi menurunkan matawang Yuan bagi memperoleh manfaat daripada perdagangan. Ekoran itu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan China daripada pemanipulasi matawang.

 

Kesan terhadap pasaran

Emas meningkat 0.36% setakat 3.25 petang ini akibat kerisaun pelabur berkaitan perjanjian perdagangan.

gold
Tradingview

Manakala pasaran saham Asia jatuh, Indeks MSCI MIAPJ0000PUS jatuh 0.48% berbanding tahap tertinggi yang dicapainya bagi tempoh 19 bulan Isnin lalu. Indeks Jepun, Nikkei jatuh 0.5%, indeks Korea Selatan KOSPI jatuh 0.54% and Indeks Komposit China Shanghai dan Hong Kong masing-masing susut 0.65% dan 0.74%.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.