
Perkara Tentang Ekonomi Yang Boleh Dipelajari Dari Jutawan Fakir
Baru-baru ini aku ada layan Jutawan Fakir lakonan Saiful Apek. Masih lagi kelakar sama seperti dulu. Tapi hari ini banyak benda yang aku dapat dari filem ini terutamanyan bab ekonomi. Antaranya adalah:
1. Pengurusan kewangan
Advertisement
Watak Fakir digambarkan sebagai orang yang memang tak ada duit. Sampai kawan baik sendiri pelik sebab harta dan wanita tiada tapi duit asyik habis sahaja.
Bukan itu sahaja, nak beli kotak dan makanan pun tak mampu sebab tak ada duit.
Jadi dekat sini pengurusan kewangan amat penting untuk pastikan kita tak jadi macam fakir.
Kalau boleh simpanlah 20% daripada gaji bersih terlebih dahulu sebelum bayar komitmen. Kalau tak mampu, mulakan dengan RM10 sebulan untuk biasakan diri
2. Realiti anak muda di kota
Gaji Fakir di dalam filem ini hanyalah RM300 sahaja. Tetapi sewa rumah pula adalah RM200 sebulan.
Jika sudah tolak sewa rumah, tinggal lah RM100 untuk fakir bertahan. Itu belum kira lagi duit minyak dan makan, mungkin tak cukup.
Hal ini juga sedang terjadi kepada anak muda yang baru mahu mulakan kehidupan di ibu kota.
Dengan basic RM1200, mereka terpaksa bayar sewa bilik RM400. Maka tinggal RM800 sahaja. Jumlah itu digunakan untuk bayar kereta, tol dan lain-lain sehingga tiada simpanan.
Nak atasi situasi ini adalah dengan cari kerja lebih baik ataupun tingkatkan skill untuk syarikat lihat anda sebagai aset.
Tapi zaman pandemik seperti ini kita juga perlu faham begitu banyak syarikat yang terjejas.
3. Pinjaman
Situasi Fakir yang selalu meminjam tetapi sangat liat untuk membayar adalah gejala tidak sihat.
Malah Fakir siap buat hutang di atas hutang. Bermakna Fakir berhutang dengan orang lain untuk membayar hutang orang lain.
Perkara itu akan terjadi jika kita semua berhutang tanpa tahu kemampuan kita. Sebagai contoh, angkat Honda ketam tapi tak mampu bayar di masa hadapan kerana dibuang kerja.
Mahu tak mahu perlu pinjam duit orang lain untuk pastikan kemaluan tidak besar kerana kereta ditarik.
Ditambah pula hari ini nak berhutang memang cukup mudah. Malah nak beli barang di Shopee pun boleh gunakan pay later.
Jadi berhati-hati dengan hutang.
4. Mentaliti
Selepas sahaja jadi kaya, Fakir terus ke show room untuk membeli kereta mahal.
Perkara ini dapat dikaitkan dengan mentaliti orang kita sebaik sahaja kita sudah mendapatkan pekerjaan.
Pasti kita semua pernah ditanya soalan, “bila nak beli kereta, dah kerjakan?”
Beli kereta tak salah tetapi lebih baik fokuskan dua tahun pertama bekerja untuk kumpul simpanan kecemasan 6 bulan gaji.
Selepas itu kalau mahu beli kereta, silalah beli tapi pastikan tidak membebankan kita.
Kalau tidak, kita jadi hamba kereta.
5. Pelaburan
Dalam scene Fakir sedang bermain golf, rakannya telah memberi tahu bahawasa kekayaan mereka bertambah selepas melabur di BSKL (basikal).
Situasi itu telah membuatkan Fakir membelanja semua makan bola golf.
Kita kena melabur macam Fakir ke, ya kerana nilai duit akan sentiasa menurun angkara inflasi.
Nak pastikan simpanan kita tak susut, kita boleh laburkan duit itu.
Hari ini terlalu banyak intrumen pelaburan yang wujud seperti ASB, Tabung Haji dan lain-lain. Tinggal anda perlu pilih mana berkenan dengan hati.
Tapi jangan sampai labur RM100, return RM10,000. Itu bukan pelaburan namanya.