fbpx

Perlantikan COO MLB Bayangan Masa Depan E-Sukan

0 74

Situasi pandemik Covid-19 memberi kesan banyak dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk sektor permainan video.

 

Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun sukan elektronik atau e-sukan mengukuhkan cengkaman mereka dan antara penerima manfaat ini ialah Activision Blizzard.

 

Advertisement

Namun berikutan Covid-19, banyak acara sukan termasuk program e-sukan di serata dunia ditangguhkan atau dibatalkan atas sebab keselamatan orang ramai.

Kredit: Futureplatform

Di sebalik cabaran Covid-19, e-sukan terus melangkah ke hadapan walaupun perlu beradaptasi dengan situasi semasa.

 

Bagi Activision Blizzard, mereka bertanggungjawab menganjurkan Liga Call of Duty dan Liga Overwatch dengan kedua-dua liga berjaya menambat hati penonton dan mengisi slot yang sepatutnya diisi dengan slot sukan tradisional.

 

Tatkala sukan tradisional seperti bola sepak dan besbol cuba bangkit secara perlahan-lahan, e-sport pula terus mengorak langkah ke hadapan.

 

Salah satu sebab mengapa e-sukan bersikap optimis berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Major League Baseball (MLB), Tony Petitti sebagai Presiden Bahagian Sukan dan Hiburan Activision Blizzard.

 

Bagi firma yang dikenali menerusi permainan Call of Duty, perlantikan Petitti dianggap satu kemenangan bertuah kepada mereka dan industri.

 

Hal ini demikian kerana ia membolehkan syarikat mengembangkan format liga e-sukan dan membawa e-sukan ke media arus perdana dengan lebih banyak siaran langsung serta rakaman pertandingan e-sukan.

 

Petitti dilihat calon tepat memandangkan beliau pernah berkhidmat dengan MLB Network, CBS dan ABC terutama dalam menarik perhatian pelancong.

 

Pengalaman ini diharap dapat diterjemahkan menerusi penganjuran acara yang dapat menyaingi acara sukan tradisional seperti Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), MLB dan lumba kereta NASCAR.

 

Cara ini boleh dicapai dengan menceritakan kisah-kisah pemain liga bagi mewujudkan atmosfera dan keseronokan kepada penonton.

 

Perkara ini biasa dilakukan bukan saja oleh program sukan tradisional tetapi filem dan siri televisyen. Ia boleh saja berbentuk kisah pemain dalam permainan atau sejarah hidup pemain sebelum menyertai liga.

 

Penggunaan media khas sebegini menjana kejayaan besar kepada para penyiar kerana boleh mendorong naratif penceritaan yang mendorong peminat menonton program-program e-sukan.

 

Tindakan ini juga dilihat boleh merapatkan jurang e-sport dengan sukan tradisional termasuk liputan media yang diterima sukan berkenaan.

 

Paling penting, keputusan Petitti dianggap signifikan kerana meninggalkan sebuah organisasi yang terkenal demi mengembangkan lagi sukan yang masih hijau itu.

 

Menerusi keputusan ini, beliau percaya e-sukan akan terus berkembang dan bertambah baik dari segi kualitinya pada masa akan datang.

Source Lyons, J. (2020). What Activision Blizzard Hiring an MLB Executive Says About the Future of Esports. CBR.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.