fbpx

Perseteruan Korea-Jepun Yang Membawa Kepada Penubuhan CU Mart

0 1,518

Perseteruan Korea-Jepun telah bermula sejak kedua-dua negara dibawah era Joseon dan keshogunan. Pertempuran paling masyhur sekali berlaku pada tahun 1537 sehingga 1598 ataupun dikenali sebagai Perang Imjin telah dilancarkan oleh Toyotomi Hideyoshi untuk menakluk semenanjung Korea. Walaupun berjaya menawan bandar utama seperti Pyongyang dan Seoul, Jepun akhir terciduk di tangan Laksamana Yi Sun-shin.

Selepas itu Jepun memerlukan masa yang agak untuk menakluk semenanjung Korea pada tahun 1910. Ketika itu, sistem beraja Korea yang berakar umbi daripada dinasti Joseon telah dimansuhkan buat selama-lamanya.

Advertisement

Permusuhan yang telah terjalin selama ratusan tahun itu masih lagi kekal dan dapat dilihat melalui pemisahan Family Mart milik Jepun dan CU Mart milik Korea Selatan.

Semuanya bermula pada tahun 1990 apabila rangkaian kedai runcit antara terbesar Jepun iaitu Family Mart mahu memasuki pasaran Korea Selatan.

Jadi Family Mart telah bekerjasama dengan syarikat tempatan iaitu Bo Gwang Group bagi menubuhkan Bo Gwang Family Mart. Dalam masa 20 tahun sahaja, Family Mart berjaya membuka lebih 7200 cawangan termasuk di Korea Utara hasil kerjasam tersebut.

Memasuki tahun 2012, Bo Gwang Family Mart telah menukar namanya kepada Bo Gwang Family (BGF) Retail sebagai persedian untuk melancarkan jenama kedai runcitnya sendiri. Hal ini demikian kerana ketika Family Mart ingin memasuki Korea, syarikat itu dan Bo Gwang Group telah menandatangani perjanjian kerjasama sehingga tahun 2014 sahaja.

Bermakna, Family Mart perlu keluar daripada pasaran Korea menjelang tahun 2014. Malah Family Mart juga tidak dibenarkan bekerjasama dengan syarikat Korea lain bagi membawa masuk cawangan kedai runcit itu sehingga tahun 2016.

Satu lagi masalah adalah Bo Gwang Family Mart perlu membayar royalti kepada ini pejabat Family Mart. Bermakna Bo Gwang Family Mart tidak dapat keuntungan sepenuh dan kebanyakkan makanan yang dijual adalah berorientasikan Jepun.

Jadi BGF Retail bercita-cita untuk menghasilkan kedai runcit yang mempromosi produk Korea. Perkara ini mendatangkan konflik kepada Family Mart kerana tidak membenarnya produk Korea memasuki kedai. Sebagai penyelesaiannya, BGF Retail telah menubuhkan CU Mart pada tahun yang sama bagi menggantikan Family Mart apabila kedai runcit itu keluar dari pasaran Korea.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan BGF Retail menggunakan nama dan konsep sama seperti Family Mart bagi mengelakkan pelanggan kekal setia. Dakwaan itu lantas dijawab dengan pantas oleh pihak BGF retail. Mereka menyatakan bahawasanya rangkaian kedai runcit baru ini tidak meniru model Family Mart bahkan kesemua barang jualan adalah berorientasikan Korea.

Masuk sahaja tahun 2014, kesemua cawangan Family Mart telah bertukar kepada CU Mart dan berjaya menjadi antara rangkaian kedai runcit terbesar di Korea. Dalam masa tiga tahu sahaja, CU Mart dapat membuka lebih 12,000 cawangan di Korea. Bukan itu sahaja memasuki tahun 2018 di Iran tetapi tidak beroperasi lagi hari ini kerana tekanan daripada Amerika Syarikat.

CU Mart tidak berputus asa apabila sekali lagi berjaya membuka 110 cawangan luar negara di Ulaanbaatar, Mongolia pada Februari 2021. Dalam tahun yang sama juga, MyNews Malaysia telah diberikan lesen untuk membuka CU Mart di Malaysia. MyNews bercita-cita untuk membuka lebih 500 cawangan CU Mart menjelang 5 tahun akan datang sekaligus menjadi pesaing utama kepada 7eleven dan Family Mart.

RUJUKAN:

Cartwright, M. (2019, Jun 11). The Japanese invasion of Korea, 1592-8 CE. World History Encyclopedia. Dipetik daripada https://www.worldhistory.org/article/1398/the-japanese-invasion-of-korea-1592-8-ce/

Kim Jung-yoon. (2012, Jun 19). Rebranded Family Mart will CU later. Korea JoongAang Daily. Dipetik daripada https://koreajoongangdaily.joins.com/2012/06/19/industry/Rebranded-Family-Mart-will-CU-later/2954734.html

Sparrow Publishing House. (2020, November 13). Mynews brings S. Korean CU chain here. Dipetik daripada https://www.sparrowsph.my/blog/mynews-brings-s-korean-cu-chain-here.html

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.