fbpx

PETRONAS Jual Pemilikan Saham Bernilai RM6 Bilion

0 25,975

Pada 9 Disember 2019, PETRONAS telah menjual pemilikan saham kira-kira RM 6.0 billion dalam 3 anak syarikatnya iaitu, MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Bhd. Manakala, pembeli saham-saham yang telah dijual tidak diumumkan sewaktu penjualan tersebut.

 

Pada asalnya, PETRONAS mempunyai pemilikan terhadap 3 syarikat tersebut dengan masing-masingnya adalah seperti berikut:

Advertisement

  1. MISC Berhad – 62.67%
  2. Petronas Gas Bhd – 60.63%
  3. Petronas Dagangan Bhd – 69.88%

 

PETRONAS merupakan sebuah Government Linked Company (GLC) atau syarikat berkaitan kerajaan yang aktif dalam aktiviti pemprosesan minyak dan penerokaan minyak petroleum di dalam dan luar negara. PETRONAS dimiliki oleh sebuah Government Linked Investment Company di bawah selian Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Minister of Finance Incorporated.

 

carta pemilikan saham petronas

 

Penjualan blok-blok saham dalam 3 syarikat yang telah disebut sebelum init telah mengurangkan pegangan PETRONAS dalam syarikat-syarikat terbabit. Sekarang ini, pemilikan PETRONAS terhadap 3 syarikat tersebut adalah seperti berikut;

  1. MISC Berhad – 57.56%
  2. Petronas Gas Bhd – 50.97%
  3. Petronas Dagangan Bhd – 63.92%

Baca: Apa Itu GLIC

PETRONAS Berhad telah menjual sebanyak 228,275,900 dalam MISC Berhad atau sebanyak 5.11% [2]. Dalam masa yang sama, PETRONAS juga menjual sebanyak 191,151,000 unit saham atau sebanyak 9.66% dalam Petronas Gas Berhad [3]. Terakhir ialah Petronas Dagangan Berhad yang sebanyak 59,003,600 unit saham atau 5.91% telah dijual oleh PETRONAS .

 

PETRONAS meraih kira-kira RM 6.0 billion daripada penjualan ini. Justifikasi kepada penjualan ini adalah PETRONAS ingin menumpukan kepada pelaburan di luar negara apabila Projek Petrokimianya bersama dengan Aramco di Johor disiapkan.

 

Dalam masa yang sama, Kerajaan Malaysia juga bercadang untuk menjual Petronas Carigali Sdn Bhd yang merupakan sebuah anak syarikat milik PETRONAS Berhad dalam aktiviti penerokaan hasil petroleum di dalam dan luar negara.

 

Penilaian ke atas syarikat ini mendapati bahawa sebanyak RM 622.24 billion dapat dijana sekiranya penawaran senaraian awam (IPO) dibuat dalam Bursa Malaysia. 10% daripada penilaian tersebut sudah cukup untuk membayar hutang prinsipal dan kadar faedah yang dibuat oleh 1MDB.

 

Penjualan aset-aset kerajaan terlalu banyak berlaku selepas pemerintahan Pakatan Harapan. Sekiranya PETRONAS dijual, kerajaan akan kekurangan hasil untuk jangka panjang terutamanya syarikat ini telah banyak menyumbang kepada hasil negara.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.