fbpx

Principal Asset Management melancarkan Dana Principal Global Sustainable Growth bagi menawarkan peluang kepada pelabur untuk manfaatkan kelebihan ESG

0 273

Kuala Lumpur, 17 September 2021 – Principal Asset Management Berhad (“Principal”) telah melancarkan Dana Principal Global Sustainable Growth (“Dana”). Kami telah mendengar pendapat dan pandangan pelabur mengenai keperluan untuk melabur dalam penyelesaian pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab. Dana ini akan membolehkan para pelabur di Malaysia untuk melabur dalam Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang bertujuan untuk mencapai peningkatan modal.

Menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management, “Pelancaran Dana Principal Global Sustainable Growth Fund mencerminkan komitmen kami terhadap kesedaran yang semakin meningkat mengenai isu-isu kelestarian di Malaysia. Ini juga merupakan antara usaha untuk mengembangkan penyelesaian pelaburan inovatif yang membina, melindungi dan memajukan kesejahteraan kewangan para pelabur di samping membantu menjaga persekitaran dan manusia sejagat.

Advertisement

“Dalam dunia yang berkembang pesat, kita dapat melihat minat terhadap dana ESG yang memberikan kesan positif sambil menghasilkan pulangan semakin meningkat. Ini ditunjukkan dalam pertumbuhan luar biasa aset dana ESG dalam beberapa tahun lepas. Memandangkan penyelerasan pelaburan dengan nilai-nilai ESG dapat diterjemahkan kepada prestasi yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang, ini tidaklah menghairankan,” tambah beliau.

Sebagai dana pelaburan yang lestari dan bertanggungjawab, kepemilikan Dana tersebut, termasuk pemilihan, pengekalan dan realisasi pelaburannya adalah tertakluk pada metodologi integrasi ESG mengikut prinsip United Nations Principles for Responsible Investment (“UN PRI”). Principal Financial Group menerusi Principal Global Investors (PGI) telah menjadi penandatangan UN PRI sejak Disember 2010. Di Asia Tenggara, Principal Asset Management di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia and Principal Islamic Asset Management menjadi penandatangan sejak Disember 2019 di bawah Principal Asset Management (SEA). 

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB” atau “Bank”) telah dilantik sebagai pengedar eksklusif Dana Global Sustainable Growth Fund untuk tempoh 3 bulan. Pelanggan CIMB yang ingin melabur dalam Dana tersebut atau dana unit amanah lain yang ditawarkan melalui CIMB boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank.

Samir Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB berkata, “CIMB gembira untuk bekerjasama dengan Principal Asset Management sebagai pengedar bank eksklusif untuk Dana Principal Global Sustainable Growth. Dana ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada kalangan pelabur runcit untuk pelaburan patuh-ESG yang membolehkan mereka untuk memilih pelaburan yang lebih beimpak dan lestari. Tambahan Dana ini kepada rangkaian penawaran kami dapat meningkatkan kelebihan cadangan kami kepada pelanggan dan kami berharap dapat menawarkan penyelesaian inovatif sebegini di masa depan.

Dana ini berantara masuk ke Dana Schroder International Selection Fund Global Sustainable Growth (“Dana Sasaran”) yang dikendalikan oleh Schroder Investment Management (“Pengurus Sasaran”). Dana Sasaran ini bertujuan untuk memberikan petumbuhan modal dengan melabur dalam saham-saham syarikat di seluruh dunia yang menerapkan nilai-nilai ESG yang kuat dalam perniagaan mereka yang kemudiannya dapat memperoleh pertumbuhan yang tinggi dan dan stabil dalam jangka masa panjang. Rekod prestasi Dana Sasaran juga menunjukkan kemampuannya sejak tahun 2001.

Direka dengan struktur kelas-pelbagai dengan empat kelas saham; Kelas AUD-Hedged, Kelas MYR-Hedged, Kelas SGD-Hedged dan Kelas USD dengan harga tawaran awal AUD 1,000, MYR 1,000, SGD 1,000 dan USD 1,000.

Untuk informasi lanjut berkenaan Dana Principal Global Sustainable Growth, sila layari www.principal.com.my atau hubungi 603-7718 3100.

You might also like