fbpx

Program ‘Niaga Di Jepun’ Dilancarkan Untuk Bantu Usahawan Malaysia Tembusi Pasaran Jepun

0 82

KUALA LUMPUR, Malaysia – 15 September, 2020: Niaga di Jepun adalah program yang dilaksanakan oleh Kanaz Holdings dengan usaha sama Patriot Holdings di mana objektif utama adalah untuk membantu usahawan Malaysia mengembangkan perniagaan dan memasuki pasaran Jepun.

 

Matlamat utama syarikat adalah untuk menyediakan penyelesaian bagi membantu perniagaan yang berpontensi membangun lebih jauh melalui servis seperti pemadanan perniagaan, kajian pasaran dan perundingan pengurusan di bawah Kanaz Holdings.

Advertisement

Program Niaga di Jepun (www.niagadijepun.com) diharapkan dapat membantu lebih banyak perniagaan kreatif dan inovatif di Malaysia menembusi pasaran melalui penyediaan latihan perniagaan, pengurusan dan sistem solusi serta servis agensi
pemasaran dan media.

 

Selain itu, terdapat tiga program lain yang turut dilancarkan dibawah Niaga di Jepun bertujuan untuk menarik ramai usahawan Malaysia memasuki pasaran Jepun iaitu

  1. Emily Channel in Malaysia,
  2. Pitch to Hiroko dan
  3. Muslim Industries.

 

Emily Channel yang mana merupakan program bersama siaran radio dengan Sibuya Cross FM iaitu sebuah stesen radio di Jepun. Inisiatif yang bertujuan sama untuk menawarkan peluang menembusi pasaran Jepun melalui projek antara Malaysia dan Jepun.

 

Pitch To Hiroko (P2H) adalah program yang dirangka oleh Kanaz Holdings dan Hiroko Yamashita yang merupakan seorang pelabur perniagaan kelahiran Jepun itu menyatakan bahawa Objektif utama P2H adalah untuk membantu 100 entiti perniagaan yang berdedikasi melalui bantuan dana perniagaan dalam membantu usahawan yang berpontensi ke pasaran Jepun.

 

Muslim industries pula merupakan media portal yang dibina khas untuk komuniti bagi usahawan. Ia juga adalah hub maklumat serta dipenuhi dengan berita terkini dan artikel mengenai perniagaan, ekonomi dan kewangan. Muslim Industries juga akan menjadi pusat sehenti bagi gerbang e-dagang ekosistem yang menyediakan bantuan kepada PKS di Malaysia bagi memulakan perniagaan mereka.

 

Bagi usahawan yang berminat untuk menempah nama ke pasaran Jepun, boleh layari http://emilychannel.com untuk mendapatkan informasi yang selanjutnya.

 

Sekiranya ada usahawan Muslim Bumiputera yang ingin mengetahui cara untuk mendapatkan dana permulaan dari pelabur Jepun, dan menjadi 100 orang yang terpilih, mereka boleh melayari laman web www.pitch2hiroko.com.

 

Untuk bergiat aktif dengan komuniti usahawan yang lain, Muslim Industries adalah portal media yang sesuai mendapatkan informasi berkaitan bidang usahawan atau sebagainya. Untuk menjadi sebahagian komuniti boleh layari muslimindustries.co

 

Mengenai Kanaz Holdings Sdn Bhd

Kanaz adalah syarikat penyedia perkhidmatan dan pemasaran berasaskan teknologi. Mereka focus dalam memudahkan operasi perniagaan dengan solusi digital dan membantu usahawan menembusi pasaran global melalui jaringan perniagaan di seluruh dunia.

Maklumat lanjut boleh layari www.kanazgroup.com

 

Mengenai Patriots Holding Sdn Bhd

PHSB adalah syarikat media yang mempunyai pengalaman luas dalam membina komuniti, pemasaran digital dan strategi kandungan. PHSB adalah pemilih beebrapa portal dan media terkemuka di Malaysia dan bertindak sebagai pengelola utama Niaga di Jepun dari segi aspek media, komunikasi dan pemasaran.

 

Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.