fbpx

Proton Umum Diskaun Harga Model Kereta

0 176

PROTON Holdings Bhd (Proton) mengumumkan menurunkan harga barisan model keluarannya sekitar 1.2-5.7% berkuatkuasa 15 Jun lepas.

 

Ia selaras dengan pengumuman kerajaan berhubung pengecualian cukai jualan pembelian kereta di Malaysia untuk tempoh enam bulan yang berakhir 31 Disember 2020.

 

Advertisement

CEO Proton, Dr Li Chunrong berkata pengumuman harga baru sepanjang tempoh insentif ialah sebagai langkah untuk meningkatkan ekonomi selepas berakhirnya PKP yang dilaksnakan berikutan penularanan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Kredit: Harian Metro

“Proton ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki sebuah Proton baharu kepada mereka yang sedang mencari untuk membeli kereta. Dengan adanya bilangan pusat 3S/4S terbanyak di negara ini, barisan kereta yang telah ditambah baik, peningkatan demi peningkatan yang telah kami perkenalkan serta harga baharu, pelanggan kini boleh menikmati pemilikan kereta dengan nilai yang menarik” katanya.

 

Berikutan langkah pengecualian cukai jualan, pelanggan Proton akan menikmati penjimatan sehingga RM500 bagi model Saga, manakala model Exora pula sehingga RM2,500, Iriz dari RM500 hingga RM800; Persona (dari RM500 hingga RM900), X70 (dari RM4,900 hingga RM7,000) dan X50.

 

Dr Chunrong menambah, Proton menerima baik inisiatif kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan pengiktirafan industri automotif Malaysia sebagai antara yang terpenting dalam ekosistem ekonomi negara.

 

“Dengan bilangan pekerja seramai 700,000 orang secara langsung dan tidak langsung berada di dalam industri, ia menyumbang sekitar 4.3% kepada KDNK negara, sekaligus memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan ekonomi negara,” katanya.

 

Tambahnya, syarikat sedang mengatur beberapa strategi lain untuk meningkatkan jualan dan pada masa yang sama mengambil kira sentimen pembeli sepanjang tahun 2020.

 

“Ini termasuklah menerapkan penjarakan sosial yang ketat dan melakukan sanitasi secara kerap di pusat pameran dan servis serta turut menggalakkan penggunaan tempahan dalam talian bagi transaksi tanpa sentuhan. Sebagai sebuah syarikat automotif negara, PROTON akan membantu merancakkan semula semua segmen industri automotif.

 

“Kami akan terus bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar untuk memastikan mereka mampu mengharungi cabaran ini dan bersedia dalam membantu pertumbuhan ekonomi sekali lagi,” katanya.

Source Zainuddin, Mohd Zaky. (2020). Harga model Proton turun sehingga 5.7 peratus. Berita Harian.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.