fbpx

PS5 VS Xbox: Mana Yang Lebih Terbaik?

0 244

Musim cuti ini kita akan menyaksikan pertembungan antara konsol baru daripada dua gergasi dalam permainan video iaitu Sony dan Microsoft.

Kedua-dua syarikat tersebut telah memberikan banyak perincian mengenai konsol baru mereka iaitu Playstation 5 dan Xbox Series X. Konsol permainan video itu akan hadir pada musim cuti walaupun tarikh dan harga rasminya belum lagi diumumkan.

Advertisement

Kita bermula dengan Xbox Series X, pemproses (processor) milik Xbox X lebih baik berbanding dengan PS5. Walau bagaimanapun, perbezaan tersebut tidak akan mengganggu kualiti dan konsentrasi ketika bermain kedua-dua konsol itu.

Processor baru Xbox X yang juga dikenali sebagai CPU mampu mencapai kelajuan sebanyak 3.8 Gigahertz iaitu lebih sedikit berbanding PS5, 3.5 Gigahertz.

Namun begitu, ianya adalah angka semata-mata dan masih menjadi tanda tanya bagaimana prestasi kedua-dua konsol itu ketika dimainkan.

Kita lihat pula dari aspek grafik, pada mula Microsoft miliki sedikit kelebihan berbanding Sony. Hal ini dapat dibuktikan melalui graphics processing units atau lebih dikenal sebagai GPU yang digunakan untuk menghasilkan grafik permainan video.

Secara amnya, semakin banyak daya pemprosesan yang dimiliki GPU konsol, semakin baik permainan video itu. Xbox X miliki 1.7 lebih banyak teraflops iaitu unti mengukur kelajuan pengkomputeran pada GPU berbanding PS5.

Namun sebelum kita berkata tentang Sony, perlu dilihat juga bahawasanya PS5 miliki beberapa perbezaan dalam reka bentuk GPU ynag boleh diterjemahkan ke dalam grafik lebih baik berbanding pertama kali dikeluarkan dahulu.

Oleh sebab itu, kita akan hanya mengetahui bagaimana kesemua data itu mempengaruhi kita apabila mencuba permainann video ini kelak.

PlayStation 5

Console

Xbox Series X

AMD “Zen 2”, up to 3.5 GHz frequency

GPU

AMD “Zen 2”, up to 3.8 GHz frequency

10.3 teraflops AMD Radeon, 2.23 GHz frequency

CPU

12 teraflops AMD custom GPU, 1.825 GHz frequency

16 GB

Memory

16 GB

825 GB

Storage

1 TB

Support 4K and 8K TVs

Resolution

Mainly 4K but also supports 8K

Holiday 2020

Release date

Holiday 2020

TBA

Price

TBA

 

Sekali lagi, Xbox X mencatatkan kemenangan bagi storan dalaman. Hal ini dapat dilihat apabila Xbox X miliki 1 terabyte storan dalaman berbanding 825 gb miliki PS5.

Kesemua pemain konsol akan menyatakan bahawa kehabisan memori storan dalaman dalah sesuatu yang sangat buruk. Walau bagaimanapun, terdapat penyelesaian kepada masalah itu melalui cloud dengan kerjasama antara PlayStation Now dan Project xCloud.

Jika banyak pemain yang bergantung kepada cloud, memori storan dalaman akan menjadi kurang penting.

Buat kali ini, Sony miliki sedikit kelebihan. Hal ini demikian kerana PS5 dapat melajukan data pada 5.5 gb sesaat berbanding Xbox X yang berfungsi pada kepantasan 2.5 gb sesaat.

Kedua-dua konsol juga memiliki beberapa persamaan lain. Masing-masing miliki memori 16 gb dan menyokong permainan video beresolusi 4K dan 8K.

Bukan itu sahaja, Sony dan Microsoft juga telah berusaha mengabungkan teknik surihan sinar (ray-tracing) iaitu teknologi yang menjadikan cahaya serta bayang kelihatan lebih baik dalam permainan video. Malahan, ianya juga menawarkan audio 3D untuk suara yang lebih baik.

Walaupun kedua-dua konsol tersebut menyokong permainan beresolusi 8K, kebanyakan dari kita pasti tidak miliki televisyen dengan potensi yang sama.

Kebanyakkan pembangun televisyen juga tidak mengoptimumkan kualiti ke arah resolusi 8K. Namun begitu, Sony dan Microsoft membina konsol ini dengan resolusi 8K bagi perancangan di masa hadapan.

Jika mahukan televisyen beresolusi 8K juga, kita harus membayar harga dengan sangat mahal. Model Samsung dengan saiz 55 inci berharga sekitar $2499 bersamaan RM10k.

Manakala model 8Ks dengan saiz 98 inci berjenama Samsung dan Sony berharga $60000 bersamaan RM25k. Harga ini adalah diluar kemampuan majoriti masyarakat Malaysia tetapi usah khuatir, kerana ianya masih lagi boleh dimainkan di televisyen biasa.

Kepada pembaca semua, manakah pilihan hati anda? Bagi penulis, PlayStation satu nama tetap dalam hati. Namun tidak dinafikan konsol Xbox lebih selesa berbanding PS.

Source Shahnon Liao. (2020, Julai 25). A side-by-side comparison of the PlayStation 5 and the Xbox Series X. CNN Business.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.