fbpx

Puak Yerida Dalam Israel

0 429

Israel mengamalkan undang-undang yang berpandukan Kitab Talmud. Walaupun sekular, agama digunakan untuk memupuk aspek kebudayaan kerana negaranya terlalu muda.

Maka corak pemikiran rakyat Israel tiada beza pun dengan gaya hidup Yahudi silam. Dalam Kitab Keluaran, terdapat beberapa ayat yang membezakan olim (berangkat ke Israel) dan yordim (keluar dari Israel). Sesiapa yang mengyordim digelar yerida.

Advertisement

Dalam peraturan Yahudi, perbuatan yordim seakan-akan haram sebenarnya. Menurut Moses bin Maimon, yordim hanya dibenarkan jika Israel ditimpa musibah kebuluran.

Hukum ini dilonggarkan rabai terkemudian yang berpendapat yordim dibenarkan atas tujuan perkahwinan dan pengajian. Walau bagaimanapun, hukum haram tetap ada di situ.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1948, Israel mengalu-alukan imigrasi besar-besaran daripada Dunia Arab dan Eropah.

Dianggarkan 688,000 orang diserap masuk dan diberikan kerakyatan. Namun 10 peratus daripada kelompok ini melarikan diri ke Amerika Syarikat, Australia dan Canada.

Jadi David Ben-Gurion menetapkan kewajiban untuk memohon visa keluar dulu. Hal ini demikian kerana terlalu ramai yang ingin keluar disebabkan kesukaran hidup di Israel.

Sementara kerajaan Ben-Gurion sibuk memerangi yordim, jarang sekali punca emigrasi dikenalpasti. Jadi pada tahun 1980, kerajaan Israel komited unuk mengenalpasti punca kejadian.

Mereka mendapati kekurangan perumahan dan pengangguran tinggi yang menyumbang pada faktor emigrasi. Sebaik sahaja punca ini diketahui, kerajaan Israel bagaikan meniti masa letusan.

Malahan peperangan yang berlaku di Lubnan merancakkan lagi angka yerida. Ramai pelancong Israel terlalu terpesona dengan budaya asing sampai sanggup meninggalkan negara sendiri.

Tidak cukup dengan bala peperangan, krisis perbankan setahun kemudian bagaikan menghancurkan Israel. Lebih ramai orang lari keluar kerana kedua-dua isu besar ini, memburu kesenangan di Los Angeles dan New York.

Masalah ini tidak langsung diselesaikan, sehingga sekarang dibawah pakatan Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz. Ratusan ribu yang keluar daripada Israel buat selamanya tanpa mempedulikan stigma yerida sebenarnya bukan takut berjuang demi negara.

Sebaliknya mereka menginginkan peluang pekerjaan yang lebih stabil dan konsisten.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.