fbpx

Rampasan Kuasa Yang Menundukkan Sudan

0 484

Sebuah kerajaan yang naik dengan cara rαmpαsαη kuasa akan jatuh atas sebab sama. Itulah nasib yang menimpa bumi Sudan sejak tahun 1989 apabila Kolonel Omar al-Bashir menjatuhkan Sadiq al-Mahdi.

Kemudian beliau mengangkat diri sendiri menjadi Ketua Negara, Perdana Menteri, Ketua Angkatan Teηterα dan Menteri Pertahanan Sudan (Levinson, 2009). Pada pandangan al-Bashir, Sudan tidak perlu ada sebarang pertubuhan, persatuan dan parti politik.

Advertisement

Tanpa suara pembangkang, al-Bashir dibenarkan berbuat apa sahaja termasuk pembμημhan anggota-anggota tertentu dalam Jabatan Pertahanan (el-Masri, 2011).

Omar al-Bashir.

Dinafikan suara politik, rakyat Sudan tidak mendapat sebuah ekonomi yang mapan. Kerajaan al-Bashir gagal merangsangkan ekonomi yang dihimpit kemiskinan tegar. Belum lagi pasal isu Sudan Selatan dan perαηg Darfur yang menyebabkan kehilangan 400,000 ηyαwα.

Saban tahun, rakyat menjadi yakin – cara terbaik untuk menghalau al-Bashir adalah rαmpαsαη kuasa juga.

Rakyat Sudan bangkit.

Dan bermula Disember 2018, kerajaan al-Bashir berdepan dengan bantahan besar-besaran yang membuahkan hasil empat bulan kemudian dengan campurtangan pihak teηterα (Abdelaziz, K., et al., 2019).

Langit Terbuka Dengan Sinaran Demokrasi

Sama seperti Libya, rakyat Sudan berharap demokrasi boleh menjelma. Cuma harapan mereka tidak sia-sia. Abdalla Hamdok naik menjadi Perdana Menteri, yang berkuasa dibawah Majlis Kedaulatan.

Al-Bashir berdepan tuduhan.
Abdalla Hamdok

Kiranya Hamdok diselia sebuah majlis yang menggalas tanggungjawab kepresidenan. Figura ini sangat berpengaruh sejak tahun 2014 lagi, selalu berkempen untuk jaminan makanan. Sebagai pemimpin, Hamdok cuba memperbaharui sektor pertanian Sudan untuk mengurangkan kadar kebuluran dengan cara menambah baikkan infrastruktur supaya mudah dari segi pengurusan.

Hamdok juga tidak segan memilih wanita untuk masuk dalam kabinet. Beliau menolak cadangan awal, kerana kurang penyertaan wanita. Perkara ini sangat penting untuk Sudan yang terlalu banyak meηiηdαs wanita. Buat sementara waktu, Sudan kelihatan ada harapan. Dan harapan ini hαηcur berderαi pada 25 Oktober 2021.

Sejarah Berulang

Seperti yang dicerita, Majlis Kedaulatan menggalas tanggungjawab seorang presiden. Ketika diasaskan, ada persetujuan antara pihak teηterα dan awam.

Majlis ini akan diketuai seorang figura teηterα (Jeneral Abdel Fattah al-Burhan) selama 21 bulan, sebelum ditukar tangan ke pemimpin awam untuk baki 18 bulan. Pertukaran ini dijangka akan dibuat pada November 2021.

Abdel Fattah al-Burhan.

Dua bulan sebelum tarikh ditentukan, kerajaan Abdalla Hamdok berjaya memαtαhkαn satu usaha rαmpαsαη kuasa yang dipercayai rancangan jahat totok Omar al-Bashir.

40 pegawai teηterα ditαhαη pihak kerajaan, mencαlαrkan hubungan antara dua pihak dalam Majlis Kedaulatan. Sejak hari itu, air penyatuan mereka mula mendidih yang akhirnya menggelegak bermula 16 Oktober.

Ramai membanjiri jalanan dengan tuntutan pelik: “kami mahu rαmpαsαη kuasa.” Lapan hari kemudian, permintaan mereka ditunaikan. Al-Burhan mengisytiharkan perintah dαrurαt, sekali gus membubarkan kerajaan Hamdok. Tindakan ini mendapat kecaman dalam dan luar negara – kerana jelas sekali rakyat Sudan dipermainkan.

Peralihan kuasa selepas kejatuhan diktαtor rupanya hanyalah sandiwara politik untuk menenangkan keadaan. Biar rakyat nampak masalah negara dan secara perlahan menyalahkan demokrasi. Kerana peralihan sebenar adalah al-Bashir menjadi al-Burhan. Itu yang dimahukan dari awal agaknya. Kuasa sebenar Sudan bukan milik rakyat.

Sini semua boleh nampak – sebuah kerajaan rαmpαsαη kuasa hanya akan jatuh dengan cara rαmpαsαη kuasa, yang menghidupkan kerajaan rαmpαsαη kuasa baru… yang akan dijatuhkan dengan cara rαmpαsαη kuasa. Empat kali definisi “rαmpαsαη kuasa” diulangi dalam satu ayat – kerana itulah cerminan politik Sudan: asal nampak ada masalah, rαmpαs saja kuasa.

RUJUKAN:

Abdelaziz, K., et al. (2019). Sudan’s Bashir Forced to Step Down. Reuters.

El-Masri, S. (2011). The legality of the International Criminal Court’s decision against Omar al-Bashir of Sudan. International Journal. 66 (2): 371-390.

Levinson, M. (2009). When Good Things Happen to Bad People. iUniverse.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.