fbpx

Rancangan Google Bikin Sijil Yang Bakal Menjejaskan Ijazah Universiti

0 1,917

Google bakal membuat langkah baru dengan mengumumkan Sijil Kerjaya Google. Pengenalan sijil ini adalah bertujuan untuk membantu peserta mendapatkan kelayakan dalam bidang pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan jawatan setimpal tanpa hadiri kelas di universiti.

 

Sijil ini hanya mengambil masa enam bulan untuk dihabiskan berbanding universiti yang memerlukan 3 hingga 4 tahun sebelum dapat bekerja. Kos pembelajarannya sangat murah dan tidak membeban seperti univerisiti biasa.

 

Advertisement

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani oleh pihak Google bagi memastikan sijilnya diiktiraf dan masyarakat tidak takut untuk mendapatkannya.

Google sendiri yakin bahawa program mereka dapat menggantikan pengambilan ijazah selama 4 tahun di universiti. Hal ini demikian kerana pembelajaran di universiti menjadi semakin tidak revelan dari semasa ke semasa.

 

Malahan, ramai yang melihat sistem pendidikan kita sedang rosak kerana sejak berpuluh tahun ianya tidak pernah berubah. Dengan itu, mereka mula mencari alternatif lain bagi menggantikan sistem yang sudah rosak.

 

Hal ini demikian kerana, sistem yang ada hari ini hanyalah menambah beban hutang kepada mahasiswa terutamanya. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, mereka agak sukar untuk bertahan kerana tidak bersedia dengan komitmen yang menggunung.

 

Secara jujurnya, pembelajaran di universiti masih lagi diperlukan untuk beberapa bidang seperti sejarah dan falsafah. Namun begitu, ianya tidak lagi diperlukan bagi subjek-subjek lain seperti IT dan animasi.

 

Hal ini demikian kerana, kita boleh terokai sendiri subjek itu untuk menjadi lebih mahir. Alternatif yang ditawarkan Google bukan sahaja lebih murah daripada univerisiti malahan masa pembelajarannya juga sangat singkat.

 

Malahan ianya membantu peserta mendapatkan pekerjaan yang lebih baik berdasarkan kemahiran terkini.

 

Inisiatif Google ini boleh dikatakan memberi tunjuk ajar kepada majikan-majikan diluar sana. Hal ini demikian kerana majikan akan mengambil mereka yang berperwatakan baik dan boleh buat kerja sebelum mengajarkan mereka kemahira baru.

 

Persoalannya bolehkah inisiatif ini menggantikan fungsi universiti? Hal ini demikian kerana ramai yang menyatakan kebimbangan bahawasanya sijil daripada Google tidal laku.

 

Namun usah khuatir kerana Google telah menubuhkan konsortium melibatkan 50 orang majikan yang memboleh mereka terus menyerap peserta untuk terus bekerja sebaik sahaja tamat sijil.

 

Macam mana sekalipun, inisiatif yang ditawarkan oleh google tidak dapat menggantikan fungsi universiti secara sepenuhnya. Namun ianya adalah untuk merek yang ingin mencari kelainan dengan mempelajari kemahiran baru secara cepat dan jimat.

 

Oleh itu kepada mereka yang tidak tahu kemana arah tuju kehidupan, bolehlah sertai sijil yang ditawarkan oleh Google. Mungkin selepas itu hidup akan lebih bermakna dan bahagia dengan pekerjaan yang bakal diperolehi.

Source Bariso, J. (2020, Ogos 24). Google's plan to disrupt the college degree is absolute genius. INC.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.