fbpx

Reputasi Bank Islam Melonjak Naik Ketika Pandemik

0 376

Singapura, 4 Oktober 2021: Laporan oleh CARMA telah mengenal pasti,secara keseluruhan dari segi laporan media dan sentimen positive, lima bank Islam teratas di rantau Asia dan MENA  

Bank Rakyat mendapat liputan yang  terbaik, atau paling ‘favourable’, diantara bank-bank Islam di Asia.  Bank Islam Malaysia dan Maybank Islamic mengisi tempat tiga teratas. Secara keseluruhan, Bank-bank Islam di Asia memberi lebih usaha dan tumpuan kepada transformasi digital dan CSR. 

Advertisement

Kedudukan bank Islam teratas di Asia & MENA: 

Analisis mendalam menunjukkan trend bahawa media lebih memberi lebih tumpuan terhadap perkhidmatan digital yang ditawarkan oleh bank-bank. Fokus yang kuat terhadap digitalisasi merentasi produk dan perkhidmatan, yang dipercepat oleh strategi dan usaha sama bantuan pandemik, telah membantu meningkatkan reputasi dan meletakkan bank-bank Islam dengan kukuh dalam media tradisional. Walau bagaimanapun, topik yang sama menerima sentimen yang berlainan di platform media sosial kerana komen negatif yang timbul daripada masalah teknikal pada perisian dan aplikasi.

Laporan ini juga menekankan bahawa topik yang sama meningkatkan kepentingan CSR dalam sektor kewangan pada tahun 2021. Bank-bank Islam meningkatkan usaha CSR dan masyarakat mereka pasca pandemik.

Menurut kajian, “Bantuan proaktif dari komuniti akibat bencana banjir dan COVID-19, mendorong inisiatif CSR, pembiayaan, dan pendanaan SME, menghasilkan sambutan baik dari orang ramai dan seterusnya meningkatkan kedudukan media secara positif dikeseluruhan. Artikel yang terbaik, atau paling “favourable”, di Asia membincangkan peruntukan dana Bank Rakyat kepada yayasan “YBR” untuk membantu pelajar dan meringankan beban keluarga yang terjejas oleh pandemik. Laporan ini menunjukkan bahawa pelaburan dalam bidang CSR, dan kepercayaan terhadap tanggungjawab sosial ini menjadi asas bagi syarikat.”

Kajian komprehensif berdasarkan data mengenai pendedahan dan persepsi media terhadap bank-bank Islam, telah mengenal pasti tema yang berkaitan, dan bagaimana kandaungan tersebut telah dimanfaatkan. Di samping itu, laporan ini juga mengkaji persepsi nilai subjek tersebut dan bagaimanakah visual bank-bank ini dipamarkania berkenaan merentasi media tradisional dan sosial.

“Bank-bank Islam telah menerima lebih perhatian dari media dan kalangan masyarakat sepanjang pandemik ini. Menurut kajian laporan, ia jelas bahawa CSR dan digitalisasi adalah dua topik terbesar yang memberi impak kepada reputasi bank.” Pengarah Urusan CARMA ASIA, Andrew Nicholls, mengulas.

“Analisis media yang mendalam memberikan maklumat yang amat bernilai.. Dengan memahami nuansa di platform media dan bagaimana media memposisikan organisasi mereka, bank-bank boleh memiliki kelebihan strategik daripada pesaing mereka.”

Laporan Perbankan Islam menggunakan metodologi pengukuran dan analisis media CARMA, termasuk Sistem Penilaian CARMA FAVORABILITY, yang didasarkan pada sekumpulan kriteria yang telah ditentukan, bertujuan untuk mengurangkan subjektiviti. Ia menilai tajuk utama artikel, panjangnya dan pengunaan gambar di sebuah artikel, peletakan bagi naratif, , jumlah dan kualiti sumber media tersebut, mesej positif dan negatif, dan nada keseluruhan artikel ketika menentukan kesesuaiannya.

Anda boleh muat turun laporan penuh DI SINI

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.