fbpx

Revenue Monster dan Alipay Bekerjasama Untuk Memacu Transformasi Digital Perniagaan Makanan & Minuman

Program mini Alipay baharu sedia membantu perniagaan tempatan mencapai lebih ramai pelanggan

0 379

24 Mac, Kuala Lumpur – Revenue Monster –sebuah syarikat teknologi kewangan Malaysia yang merupakan perintis pendigitalan perniagaan, telah mengumumkan pelancaran program mini dalam aplikasi Alipay, sebuah platform utama untuk pembayaran digital dan perkhidmatan seharian.

Program mini tersebut tmenggabungkan penyelesaian stor dalam talian Revenue Monster, à la carte secara terus ke dalam aplikasi Alipay. Dengan ini, pengguna Alipay boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan yang ditawarkan oleh rakan peniaga makanan & minuman (F&B) Revenue Monster. Ini sekaligus memberikan lebih peluang perniagaan kepada rakan peniaga tempatan dan memudahkan urusan seharian para pengguna.

Advertisement

Penyelesaian à la carte yang dilancarkan awal 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, telah menarik beberapa rakan peniaga F&B terkemuka seperti Sushi King, Kenny Rogers Roasters dan Dragon-I. à la carte telah menjadi satu elemen penting dalam membantu kelangsungan perniagaan dan membantu menjana lebih pendapatan di kala pandemik melanda.

Kerjasama dengan Alipay, sebuah platform utama pembayaran digital di China yang memberikan perkhidmatan kepada 1 bilion pengguna, 80 juta pedagang dan rakan niaga, serta 2,000 institusi kewangan, merupakan satu usaha berterusan oleh Revenue Monster dalam membantu perniagaan dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk beralih ke arah digital.

“Penyelesaian à la carte kami bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pemasaran dan mempelbagaikan punca pendapatan para rakan niaga kami. Dengan program mini Alipay, kami berharap untuk mengembangkan lagi senarai rakan niaga kami di samping menambahkan nilai perkhidmatan kami kepada lebih 6,000 rakan niaga yang sudah menggunakan platform Revenue Monster,” jelas Amanda Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster.

Mengulas tentang kerjasama tersebut, Cherry Huang, Pengurus Besar bagi Kerjasama Dagangan Global untuk Alipay Asia Selatan dan Asia Tenggara, berkata, “Adalah amat penting untuk sektor F&B, yang dahulunya berasaskan kedai dan hanya bergantung kepada kunjungan secara fizikal, untuk beralih ke arah digital khususnya ketika pandemik ini. Kami percaya ini akan menjadi sebahagian dari norma baharu. Kami berbesar hati untuk menyertai proses transformasi ini bersama peniaga tempatan dan rakan niaga seperti Revenue Monster dalam memberikan platform digital yang efektif dan lengkap dengan kebolehan pemasaran dan pembayaran.”

Revenue Monster menawarkan yuran platform yang paling murah pada hanya 18% bagi peniaga yang ingin menyertai program mini tersebut. Sebagai manfaat tambahan, bermula sekarang sehingga 31 Mei 2021, peniaga yang mendaftar untuk tempoh minima satu tahun akan menerima satu terminal pembayaran secara percuma.

à la carte memperkasakan perniagaan dalam talian dengan membolehkan perniagaan mencipta menu dan stor digital mereka tersendiri yang boleh digunakan di mana-mana platform digital dan sosial. Kebolehan ini sejajar dengan keseluruhan ekosistem Revenue Monster yang memberikan kelebihan untuk peniaga mendigitalkan dan mengurus operasi perniagaan mereka, dari penyelesaian penyatuan pembayaran, pembayaran digital yang pantas dengan hanya satu klik melalui eInvoice, sehinggalah pengurusan pengekalan pelanggan melaui komunikasi media sosial.

Keseluruhan platform Revenue Monster telah memanfaatkan hampir 13,000 poin perniaggan dalam industri makanan dan minuman, fesyen dan aksesori, peralatan rumah, kecantikan atau penjagaan peribadi, otomobil dan lain-lain.

Memberikan pandangan tentang usaha pendigitalan dan inisiatif terbaharu melalui program mini tersebut serta impak kepada perniagaannya, Encik Wilson Lee, Pengarah bagi Good Taste Oriental, berkata, “Dalam landskap hari ini, pendigitalan perniagaan sememangnya perlu dan kami merasakan perkhidmatan Revenue Monster sangat membantu dalam hal ini. Ketika dilanda pandemik yang masih berlanjutan, kami melihat peningkatan dalam pesanan secara dalam talian. Program mini dalam Alipay ini telah menambah nilai kepada perniagaan kami dan memberikan lebih peluang yang sememangnya amat dialu-alukan!”

Program mini Alipay à la carte merupakan fasa pertama dalam perancangan Revenue Monster untuk mengembangkan ladi senarai dan penggunaan bagi penyelesaian stor bebas atas talian mereka, dengan strategi untuk membawakan perkhidmatan tersebut ke platform lain-lain pada tahun ini

Daftar untuk penyelesaian à la carte sekarang dan tingkatkan pendapatan perniagaan digital anda dengan melayari www.revenuemonster.my

You might also like