fbpx

Revenue Monster dan ShopeePay Bergabung Untuk Kemudahan Pembayaran Tanpa Tunai PKP Ini

Usahasama baharu mengintegrasikan ShopeePay untuk hampir 13,000 terminal perniagaan

0 356

18 MEI 2021, Kuala Lumpur – Revenue Monster – sebuah syarikat teknologi kewangan Malaysia yang mempelopori pendigitalan perniagaan telah mengumumkan usahasama baharu dengan ShopeePay Malaysia Sdn Bhd, perkhidmatan eDompet mudah alih bagi penyedia eDagang nombor satu di Malaysia. Usahasama ini mengintegrasikan Revenue Monster dan ShopeePay sebagai cara pembayaran yang memberikan penyelesaian pembayaran alternatif tanpa tunai kepada rakan niaga dan pelanggan di hampir 13,000 terminal perniagaan.

Solusi pembayaran bersatu Revenue monster menampilkan penerimaan pembayaran bagi 14 eDompet, Mastercard dan Visa serta FPX untuk pembayaran atas talian. Dengan pengumuman ini, solusi pembayaran Revenue Monster dijangka akan memberikan kemudahan dan meningkatkan kualiti pengalaman pembayaran bagi jutaan perniagaan di Malaysia yang beralih ke arah digital selari dengan SOP semasa yang ditetapkan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Dengan ShopeePay tersedia melalui Revenue Monster, kami dapat menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran tanpa tunai kepada perniagaan di seluruh negara melalui penyatuan penyelesaian pembayaran. Ini merupakan langkah seterusnya dalam usaha kami membantu rakan niaga kami dari segi kedai atas talian mahupun fizikal,” kata Amanda Chin, CEO of Revenue Monster.

“Memasuki fasa ketiga PKP, pembayaran tanpa tunai menjadi satu aset yang amat penting bagi rakan niaga kami untuk menyediakan pengalaman pembayaran tanpa sentuhan bagi pelanggan. Dengan pengumuman ini, pengusaha akan dapat menggunakan perkhidmatan ini dan seterusnya membolehkan para pelanggan mereka membuat pembayaran tanpa tunai melalui 14 eDompet yang kami sediakan termasuk ShopeePay,” tambah beliau.

Kini, ShopeePay boleh diterima sebagai salah satu pilihan pembayaran setelah peniaga mendapatkan perkhidmatan penyelesaian kedai atas talian à la carte dari Revenue Monster – satu platform yang dapat membantu perniagaan untuk memiliki kedai dalam talian dengan pantas dan seterusnya mendapatkan lebih banyak pelanggan.

Dengan penambahan cara pembayaran baharu ini, rakan niaga di dalam jaringan Revenue Monster akan dapat memanfaatkan kempen rebat tunai ShopeePay yang berterusan di mana pelanggan akan menerima pulangan RM3 setiap hari dengan pembelian minima RM15, yang seterusnya akan membawa lebih nilai kepada pelanggan mereka.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia berkata “Sebagai salah satu penyedia eDompet yang pantas berkembang di Malaysia, kami bertekad untuk menjadikan ShopeePay sebagai pilihan pembayaran tanpa tunai yang paling menyenangkan bagi rakyat Malaysia, terutamanya di waktu PKP 3.0.

Gelombang ketiga jangkitan Covid-19 kini menjadi kritikal. Kita telah dinasihati untuk menjaga keselamatan dan menghindari kontak sebanyak mungkin, terutamanya di tempat awam. Kita harus memainkan peranan kita dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan. Usahasama dengan Revenue Monster meningkatkan capaian dan penggunaan ShopeePay – menyediakan cara pembayaran yang lebih pantas, senang dan selamat untuk rakyat Malaysia apabila mereka berbelanja atas talian mahupun di kedai fizikal.”

Ekosistem Revenue Monster membolehkan rakan niaga mempercepatkan pendigitalan secara lebih lancar melalui peralatan digital seperti penyatuan penyelesaian pembayaran, pautan pembayaran satu klik melalui eInvoice dan LivePay, serta à la carte – penyelesaian kedai super dalam talian. Revenue Monster setakat ini telah memberikan manfaat kepada hampir 13,000 terminal perniagaan dalam industri makanan dan minuman, fesyen dan aksesori, peralatan rumah, kecantikan atau penjagaan peribadi, otomobil dan lain-lain.

Untuk berdaftar dengan Revenue Monster dan menerima ShopeePay sekarang, sila layari: www.revenuemonster.my

You might also like