fbpx

RM848,000 Kepada Individu Yang Benarkan Wajahnya Digunakan Pada Robot!

0 1,516

Mahukah anda dibayar AS$150,000 (RM848,000) sebagai tukaran untuk wajah anda digunakan pada robot? Jika anda kata ya, bersedialah dengan hakikat ini – wajah anda akan dimiliki oleh syarikat pembuat robot untuk selama-lamanya!

Ini tawaran yang dibuat oleh pembuat robot Promorobot kepada mana-mana individu yang berani melakukannya. Wajah individu yang ‘bertuah’ itu akan digunakan untuk robot manusia di lapangan terbang, hotel dan pusat beli-belah menjelang 2023. Syaratnya mudah, hanya perlukan wajah yang baik dan peramah. Tetapi Promorobot bersedia mengalu-alukan permohonan tanpa mengira had umur atau jantina.

Advertisement

Promorobot merupakan sebuah syarikat pembuat robot yang berpangkalan di New York. Syarikat ini dikenali kerana menghasilkan robot dengan imej manusia yang realistik tetapi menyeramkan. Robot-robot mereka telah digunakan di 43 buah negara untuk pelbagai peranan seperti pentadbir, perunding dan promoter.

Mengikut keterangan syarikat, wajah individu terpilih ini akan digunakan untuk robot-robot yang telah ditempah oleh sebuah entiti swasta dari Amerika Syarikat. Ia diharap dapat digunakan di lapangan terbang, hotel-hotel dan pusat beli-belah sekitar Amerika Utara dan Timur Tengah menjelang 2023.

Promorobot tidak menyatakan sebab mereka mahukan wajah sebenar untuk robot mereka. Ini bukan kali pertama perkara sebegini menjadi tajuk berita utama. Pada 2019, sebuah firma robotik yang tidak didedahkan menawarkan bayaran sebanyak £100,000 (RM558,676) kepada sukarelawan yang membenarkan wajah mereka digunakan.

Promorobot boleh saja menggunakan imej yang dijana komputer seperti yang digunakan oleh pembuat robot Sophia, Hanson Robotics. Tetapi keengganan mereka berbuat demikian mengundang persoalan mengapa wajah manusia sebenar diperlukan untuk projek tersebut. Sehingga artikel ini ditulis, Promorobot masih belum mendedahkan bilangan individu yang memohon dan bila pemenang akan diumumkan.

RUJUKAN

Best, S. (2021, 26 November). Would YOU apply? Tech firm will pay a brave volunteer £150,000 to use their face on its ROBOTS which will work in hotels, shopping malls and airports by 2023. Daily Mail.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.