fbpx

Rolex: Dari Penterjemah Kepada Pengeluar Jam Tangan Kayangan

0 260

Ramai cakap kalau nak tahu tahap kekayaan seseorang itu, kita perlu lihat jam tangan dipakai. Jika jam tangan itu daripada jenama Rolex, nyatalah kekayaan pemakainya bukan kaleng-kaleng. Disebalik betapa kayangannya jam tangan Rolex ini, ada kisah yang tersembunyi. Apa kisah itu?

Buat pengetahuan anda semua, pengasas Rolex iaitu Hans Wilsdorf merupakan seorang penterjemah. Jadi macam mana dari penterjemah boleh bikin jam harga yahudi?

Advertisement

Semuanya bermula apabila Hans Wilsdorf berpindah ke Switzerland bersama bapanya untuk membuka perniagaan hardware. Sayangnya selepas sahaja kematian bapa, perniagaan tersebut telah dijual oleh saudara-mara Hans Wildsdorf untuk dimasukkan ke dalam Wilsdolf Trust.

Dengan menggunakan duit tersebut, Hans Wilsdorf telah dihantar untuk menyambung pengajiannya di kolej. Selepas tamat pengajian, Hans Wilsdorf telah berhijrah ke Geneva untuk bekerja di syarikat pengedaran mutiara. Di sana, Hans Wilsdoft mempelajari begitu banyak ilmu mengenai perniagaan dan juga pemasaran.

Tidak lama kemudian, Hans Wilsdorf mul bekerja di syarikat pengeksport jam tangan iaitu Cuno Korten. Masalah mula timbul kerana Hans Wilsdorf tidak memiliki sebarang pengalaman dalam industri jam tangan. Jadi Hans Wilsdorf telah diberikan jawatan sebagai penterjemah di syarikat itu sambil mempelajari serba sedikit mengenai jam tangan.

Kerja punya kerja, Hans Wilsdorf mula memasang impian untuk membuka syarikat sendiri dan tekad untuk menjadikan jam tangan sebagai norma baru. Hal ini demikian kerana ramai orang pada zaman itu lebih gemar gunakan jam poket berbanding jam tangan.

Kemudian, Hans Wilsdorf berpindah ke London untuk bekerja dengan syarikat jam tangan di sana. Tidak lama selepas itu, Hans Wilsdorf mula berkira-kira untuk membuka perniagaan sendiri. Walau bagaimanapun, Hans Wilsdorf hanya ada idea dan pengalaman sahaja tetapi tiada wang yang mencukupi.

Maka Hans Wilsdorf menemui Alfred James Davis untuk membincang mengenai visi dalam membuka syarikat jam tangan. Alfred James Davis berpuas hati dengan idea Hans Wilsdorf lantas tertubuhlah syarikat Rolex secara rasmi.

Bagi menarik perhatian orang ramai, Hans Wilsdorf merasakan Rolex perlu menghasilkan jam tangan yang eksklusif dan premium. Bukan setakat itu sahaja, Rolex juga merupakan jam tangan pertama yang lulus ujian ketahanan dan ketepatan.

Lebih mengkagum lagi, Rolex telah menghasilkan jam tangan kalis air pertama di dunia. Revolusi yang dibikin oleh Rolex telah menjadi ikutan syarikat jam tangan lain sehingga ke hari ini.

Untuk membuktikan lagi ketahanan dan kalis air, Rolex telah memberikan jam tangan kepada Mercedes Gleitze iaitu perenang wanita British untuk menyeberangi Selat Inggeris. Selesai sahaja menyeberangi Selat Inggeris, jam yang berada di tangan Mercedes Gleitze masih lagi berfungsi dengan baik.

Selain itu, jam tangan Rolex juga pernah dipakai oleh Edmund Hillary ketika mendaki gunung Everest. Sampai sahaja di puncak gunung, jam tangan Rolex masih berfungsi dengan elok walaupun berada dalam cuaca yang terlampau sejuk.

Situasi tersebut telah membuatkan angka jualan Rolex semakin meningkat dan terus kekal premium. Walaupun pengasasnya telah kembali ke negeri cacing, Rolex tidak memandang ke belakang dan semakin berkembang.

Buktinya hari ini, Rolex menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin memaparkan kekayaan secara halus dan memilikinya kerana ketahanan.

Apa-apapun, setiap perniagaan itu tidak boleh kekal dengan model yang sama untuk terus relevan dalam pasaran. Sama seperti Rolex jika pengasasnya terus bekerja sebagai penterjemah, mungkin revolusi jam tangan kalis air lambat untuk dicapai.

RUJUKAN:

Lewis, R. (2021). Rolex: Swiss manufacturer. Britannica. Dipetik daripada https://www.britannica.com/topic/Rolex

SuccessStory. (2021). Rolex success story. Dipetik daripada https://successstory.com/companies/rolex

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.