fbpx

Saham-saham Berkaitan Politik

0 487

Dasyat juga kalau ikut perkembangan politik semasa sekarang ini. Baca page-page yang pro mana-mana parti ni dasyat. Sentimen yang ditiupkan takde pun ke arah positif tapi lebih kepada menanam dan meniupkan api kebencian.

 

Org yang neutral baca puas nak cari apa kelebihan parti atau kelebihan individu. Kalau betul anda memang buat kerja, anda ikhlas, orang boleh nampak. Tak perlu batu api, bosan dengan politik malaysia yang tak berkesudahan, tapi dalam huru-hara macam sekarang, ada banyak peluang untuk buat duit dalam pasaran.

 

Advertisement

Contoh kes Anwar yang tak sabar nak jadi PM, minggu lalu mencanak-canak kaunter yang berkaitan dengan dia. Bahagian ini saya suka! Sebab boleh buat untung.

 

Jadi bagi sesiapa yang nak buat duit berdasarkan situasi macam sekarang, ikutlah perkembangan politik semasa. Bukan nak suruh ikut maki hamun, tapi nak suruh buat duit dari situ. Kan ke best tu. Anda ikut maki pun anda dapat apa?

 

Di bawah ini disenaraikan syarikat -syarikat yang berkaitan. Boleh tambah lagi kalau ada yang tertinggal.

 

Kaunter berkaitan Tun Mahathir

  • Berjaya Assets Bhd, Berjaya Corporation Bhd, Berjaya Food Bhd, Berjaya Land Bhd, Berjaya Media Bhd & Berjaya Sports Toto Bhd – dimiliki by Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun, individu yang rapat dengan Mahathir Mohamad.
  • Bermaz Auto Bhd – Pemegang saham terbesar adalah  Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun.
  • Country Heights Holdings Berhad – Dimiliki oleh Tan Sri Lee Kim Tiong @ Lee Kim Yew, rakan rapat Mahathir yang dilaporkan memberi kritikan kepada Najib Razak.
  • PPB Group Bhd and Malaysian Bulk Carriers Bhd – Robert Kuok, individu dalam Council Of Elders yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2018.
  • Opcom Holdings Bhd – Anaknya Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang saham terbesar.
  • Petron Corporation – Menjadi salah satu pembekal minyak kerajaan pada Ogos 2018. Mirzan Mahathir merupakan ahli lembaga pengarah.

 

Kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim

MUI Properties Bhd, Malayan United Industries Bhd (MUI Group), Pan Malaysia Holdings Bhd and Advance Synergy Bhd (ASB) – Adiknya Datuk Farizon Ibrahim merupakan ahli lembaga pengarah dalam syarikat-syarikat ini.

 

Kaunter Berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Eden Inc Bhd and Thriven Global Bhd – Berkait dengan Fakhri Yassin Mahiaddin, anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Kaunter Berkaitan Datuk Seri Najib Razak

  • Sersol Berhad – Anak Najib, Mohd Nazifuddin Najib, adalah pemegang saham sehingga hujung 2018
  • George Kent Malaysia Bhd and Johan Holdings – kawan baik kepada Najib, Tan Sri Dato’ Tan Kay Hock.
  • Malton Bhd, WCT Holdings Bhd –  Tan Sri Desmond Lim Siew Choon, ada hubungan rapat dengan Najib.
  • AMMB Holdings Bhd – Salah satu bank yang berkait dengan skandal 1MDB.

 

Kaunter Berkaitan Barisan Nasional

  • MyEG – Syarikat penyedia perkhidmata e-kerajaan yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan BN.
  • Excel Force – Syarikat berkait dengan Wong Thean Soon daripada MyEG.
  • Star Media – Dimiliki oleh MCA.
  • Datasonic – Terpalit dengan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Kaunter Berkaitan Sarawak

  • Cahya Mata Sarawak Bhd
  • Sarawak Cable Bhd
  • ZECON

 

Ditulis oleh Farhana Aini Omar, MSTA, CFTe

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.