fbpx

Saham Sektor Kesihatan Sudah Tiba Di Kemuncaknya?

0 668

Ada cakap-cakap pasaran yang mengatakan saham-saham sektor kesihatan sudah tiba di kemuncaknya. Hal ini kerana pagi tadi keluar berita yang Moderna akhirnya berjaya mengeluarkan satu vaksin Covid19 yang boleh menghasilkan antibodi terhadap virus berkenaan dan telah diuji secara selamat kepada semua test-subject mereka.

 

Ditambah pula dengan berita dua buah syarikat tempatan iaitu DPHARMA dan PHARMA yang diberikan lampu hijau untuk menguruskan pemprosesan akhir dan pengisian vaksin oleh kerajaan menambahkan keyakinan pasaran akan sentimen berakhirnya sektor kesihatan ini.

 

Advertisement

Maka dapat kita saksikan keempat-empat saham ‘superglove‘ tersembam pada pagi ini. Persoalannya benarkah sentimen ini?

 

Dan adakah kita akan menyaksikan saham-saham sektor kesihatan terutamanya glove terus tersembam lalu terbujur kaku?

 

Mari kita perhatikan betul-betul, adakah ada progres akan penciptaan vaksin Covid19? Ada. Tapi adakah vaksin Covid19 telah ditemui. Saya lebih berat untuk katakan tidak.

 

Malah kalau kita baca betul-betul pengumuman oleh National Institute of Health, (NIH) dan Moderna mereka baru sahaja berada pada fasa 1 dalam pembangunan vaksin mereka. (Moderna Phase 1 results show coronavirus vaccine safe, induces immune response)

 

Dan berapa jauh lagi Fasa 1 dengan fasa pembuatan dan penghantaran? Boleh rujuk gambar di bawah.

Secara asasnya, untuk sesebuah vaksin itu siap ketahap pembuatan dan penghantaran, ianya akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun.

 

Dan pada kebiasannya untuk ianya mengambil masa 5 tahun untuk masuk ke fasa human testing.

 

Bayangkan dengan 5 tahun itu pun ianya tidak mampu menjamin kejayaan, di mana ianya mempunyai kadar kegagalan yang tinggi, pada kadar 93% penghasilan vaksin gagal di antara tempoh kajian dengan haiwan dan tempoh pendaftaran produk untuk percubaan pada manusia.

 

Maka melihatkan keadaan tergesa-gesanya NHI dan Moderna dalam percubaan menghasilkan vaksin Covid19 dengan mencubanya pada subjek manusia dalam tempoh kurang dari 6 bulan virus tersebut dikenalpasti dan mewar-warkan kejayaan mereka kepada media, maka menjadi persoalan apakah status sebenar kejayaan vaksin tersebut.

 

Dan untuk rekod ini bukan kali pertama Moderna dan NHI membuat pengumuman besar-besaran mengenai penemuan mereka. April lalu, mereka juga melakukan perkara yang sama dan saham Moderna telah meningkat tinggi sehingga hampir 300% dalam masa sebulan pengumuman tersebut. Manakala semalam pula saham Moderna telah naik hampir 17% selepas pengumuman fasa 1 tersebut.

 

Malah kalau kita lihat dari sudut politiknya pula, penglibatan NHI yang dilihat tergesa-gesa memberikan ‘nod‘ untuk Moderna meneruskan kajian mereka juga telah menimbulkan kebimbangan di US, ada yang berpendapat, berita-berita begini sengaja dikeluarkan untuk menenangkan rakyat US yang sedang menghadapi Covid19 yang semakin meruncing dinegara mereka, apatah lagi dikala negara mereka akan ada PRU pada November.

 

Walau apa pun, kita doakan kalau Moderna boleh hasilkan vaksin ni, permudahkan lah, cuma bagi para pelabur yang dah jejak kaki dalam saham-saham sektor kesihatan, buat kaji selidik terlebih dahulu.

 

Jangan sebab baca berita, baca di Group Telegram awak jual saham-saham awak. Semak semula berapa unjuran syarikat, ASP, apa kata penganalisa dan laporan kewangan.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.