fbpx

Sekatan Paksa Venezuela Laksana Dasar Liberalisasi Ekonomi

0 177

Sebut saja Venezuela, ramai membayangkan imej mendiang Hugo Chavez, mesej revolusi sosialisme yang cuba dibawanya dan sekatan ekonomi pihak Barat ke atas mereka.

Situasi sekatan memaksa Caracas melakukan apa yang dianggap mustahil semasa era Chavez serta Nicolas Maduro iaitu menggalakkan firma-firma swasta mengadakan perjanjian eksport dan import dengan negara asing.

Advertisement

Apa yang dilakukan Maduro ini sebenarnya hanya meneruskan polisi perdagangan sedia ada dengan sekutu seperti Iran dan Turki.

Kedua-dua negara membuat pertukaran dari segi makanan dan bahan api dengan emas Venezuela. Strategi ini telah dirangka sejak setahun lepas di bawah pemantauan Naib Presiden dan Menteri Kewangan Delcy Rodriguez.

Menerusi strategi ini, firma-firma swasta dapat mengeksport hasil pertanian Venezuela ke Iran dan mengimport pasta dari Turki.

Disebabkan tekanan daripada sekatan yang bertujuan memaksa Maduro berundur, Rodriguez mewujudkan jawatan timbalan menteri perdagangan luar dan menghantar sekutu mereka ke negara-negara asing dengan harapan mengeksploitasi kelompangan yang wujud dalam sekatan berkenaan.

Berikutan firma-firma Venezuela tidak tersenarai dalam senarai sekatan Amerika Syarikat, ia dianggap satu prospek menarik kerana membolehkan rakan dagangan asing mengadakan kerjasama secara terus dengan mereka.

Firma-firma ini juga tidak perlu bersaing dengan firma-firma Barat dalam mengakses pasaran Iran dan Turki yang enggan berbuat demikian kerana takut dikenakan sekatan walaupun telah diberi kebenaran oleh Jabatan Perbendaharaan AS.

Jumlah dagangan membabitkan firma-firma ini masih rendah tetapi ia dilihat sebagai usaha baru kerajaan pemerintah Parti Sosialis mengelak sekatan ekonomi AS.

Walaupun bakal presiden Joe Biden dilihat tidak berminat meneruskan dasar keras Presiden Donald Trump terhadap Caracas selepas mengangkat sumpah pada 20 Januari ini, sekatan dijangka dikekalkan buat masa ini.

Perubahan yang dibuat Venezuela ini selaras dengan perubahan dasar nasionalisasi dan kawalan harga yang dibuat Chavez pada tahun lepas.

Antara langkah yang diperkenalkan Maduro ialah penggunaan mata wang asing yang sebelum ini dilarang dan mengeksport makanan ke negara luar. Sebelum ini, aktiviti pengeksportan makanan dilarang selama bertahun-tahun semasa era Chavez.

Berdasarkan data firma Import Genius, bilangan firma yang mengeksport makanan ke Turki bertambah daripada tujuh pada 2019 kepada 35 buah firma pada enam bulan pertama tahun ini.

Dalam tempoh enam bulan sama, firma-firma ini mengeksport 140,000 tan produk seperti daging dalam tin, pasta dan minyak.

Cuspal, sebuah firma pengimportan milik kerajaan Venezuela telah menghentikan pengimportan makanan dari Turki pada tahun 2018 dan 2019.

Hal ini menunjukkan aktiviti import tidak lagi dikawal sepenuhnya oleh Caracas dan kini diuruskan oleh pihak swasta.

Banyak firma Venezuela memilih Asia dan Timur Tengah sebagai destinasi pelaburan mereka.

Menurut satu sumber yang mahu dirahsiakan, pemilihan dua lokasi itu dibuat kerana firma-firma perniagaan boleh berurus niaga dengan rakan dagangan asing tanpa perlu bimbang campur tangan kerajaan seperti ancaman sekatan oleh pihak AS.

Antara firma yang meraih manfaat daripada perubahan polisi Maduro ini ialah Grupo Freemed.

Freemed menggambarkan diri mereka sebagai pengimport makanan dan ubat-ubatan telah mengimport 4.6 tan ubat slidenafil (ubat merawat masalah lemah tenaga batin) dari Iran.

Menerusi satu hantaran Instagram, syarikat ini turut menjual ubat hipertensi dan penyakit jantung yang diimport dari Iran.

Sementara peladang-peladang Venezuela buat kali pertama mengeksport daging haiwan ternakan mereka ke Iraq.

Manakala para petani mengeksport 10,700 tan kacang hijau ke negara-negara seperti Malaysia, Filipina, Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut sumber yang sama, kejayaan eksport ini hasil usaha berterusan Caracas melobi negara-negara berkenaan menerima produk eksport pertanian mereka.

Source Pons, C., & Armas, M. (2020). Trying to limit sanctions pain, Venezuela pushes private firms into Asia, Middle East trade –sources. Reuters.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.