fbpx

Sekilas Industri Tenusu Di Malaysia

0 845

Farm Fresh pada asalnya ingin mengapungkan pasaran modal mereka di Bursa Malaysia pada November 2020. Tetapi disebabkan Covid mungkin mereka terpaksa menunda perancangan untuk menyenaraikan Farm Fresh di Papan Utama Bursa.

 

Farm Fresh menjangkakan perolehan RM380 juta dgn modal RM80 juta. Farm Fresh akan menjadi syarikat tenusu ke-2 yang disenaraikan di Bursa selepas Dutch Lady. Berbanding dengan FrieslandCampina (Dutch Lady), perolehan sekitar RM1.048 bilion untuk tahun 2018 dengan belanja modal sekitar RM34 juta.

 

Advertisement

Dutch Lady mensasarkan penghasilan susu 65 juta liter setahun pada tahun 2024, Farm Fresh pula mensasarkan hasil susu 20 juta liter. Dari segi kecekapan, sudah tentu terletak pada Dutch Lady yang mana CAPEX lebih rendah & perolehan yang lebih tinggi kerana terdapat segmen produk lain selain sedia di minum.

 

Saluran pemasaran (marketing channel) Farm Fresh agak berbeza dengan Dutch Lady yang lebih kepada saluran tradisional. Dutch Lady menguasai pasaran susu malaysia:

1. Susu sedia minum: 40%

2. Susu tepung untuk kanak-kanak: 25%

Secara keseluruhannya menguasai 25% pasaran produk tenusu di Malaysia.

 

Sudah tentu, Farm Fresh VS Friesland syarikat milik Dutch Lady bukanlah pertembungan di padang yang sama rata. Farm Fresh menghasilkan susu premium & mempunyai pasaran tersendiri, brand loyalty segmen tertentu. Satu persamaan antara Farm Fresh dan Dutch Lady adalah bahan mentah asas, susu segar.

 

Keuntungan Dutch Lady bergantung kepada harga komoditi susu yang tinggi buat masa ini. Pasaran tenusu masih lagi undervalue disebabkan kesedaran minum susu rakyat malaysia masih lagi rendah. Rakyat malaysia hanya minum susu 2 gelas seminggu berbanding saranan WHO 2 gelas sehari.

 

Penetrasi susu dalam isir umah dalam sekitar 35-36% sahaja. Mungkin Farm Fresh adalah syarikat yang bagus untuk pelaburan.  Saya rasa dari segi market valuation sekitar harga RM1-RM1.50, mungkin di bawah RM1.00, dengan back up khazanah sebagai pemegang saham majoriti dengan pegangan 30%

 

Kita nantikan bila Farm Fresh akan diIPOkan di pasaran bursa malaysia. Rasanya sasaran untuk November 2020 tidak mampu dicapai memandangkan covid masih lagi panjang. Mungkin dalam pertengahan 2021 barangkali?

 

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.