fbpx

Sekilas Pandang Mengenai Bon dan Sukuk

0 434

Bon merupakan instrumen kewangan yang selalu digunakan oleh entiti korporat dan kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan modal. Kebiasaannya, kerajaan akan menerbitkan bon untuk membiayai projek-projek infrastruktur. Manakala, syarikat korporat pula akan menerbitkan bon untuk membiayai perbelanjaan operasi, membiayai projek dan membeli aset yang akan memberi keuntungan kepada mereka.

 

Ciri-ciri bon

Advertisement

Bon mempunyai ciri-ciri penting seperti nilai prinsip, kadar kupon, tarikh matang, tempoh matang, pengisu, dan pelabur bon.  Sebagai contoh:

            Nilai prinsip : RM 10,000

            Kadar kupon : 10% (RM 1,000) setiap tahun

            Tempoh matang : 10 tahun

 

Nilai prinsip merupakan jumlah yang perlu dibayar pada waktu bon itu diterbitkan oleh pelabur bon kepada pengisu. Sebagai pulangan untuk kedua-dua pihak, pengisu yang merupakan penjual bon akan mendapat nilai prinsip daripada pelabur bon yang merupakan pembeli bon. Pelabur bon pula akan menerima pulangan setiap tahun berdasarkan kadar kupon.

konsep bon

Pulangan Bon

Dengan menggunakan contoh di atas, pelabur bon akan mendapatkan pulangan sebanyak RM 1,000 setiap tahun. (RM 10,000 x 10% = RM 1,000) selama 10 tahun. Nilai terkumpul daripada kadar kupon selama 10 tahun ini adalah sebanyak RM 10,000 (RM 1,000 x 10tahun). Selepas sahaja 10 tahun berakhir, pelabur bon akan mendapatkan semula nilai prinsip sebanyak RM 10,000 daripada pengisu bon. Waktu ini dipanggil tarikh matang bon kerana tempoh matang selama 10 tahun sudah berakhir dan pengisu bon bertanggungjawab untuk memulangkan semula nilai prinsip kepada pelabur bon.

 

Selepas 10 tahun, pelabur bon akan mendapat RM 10,000 (nilai prinsip) dan kadar kupon (RM 10,000). Pulangan keselurahan yang diperolehi oleh pelabur bon adalah sebanyak RM 20,000 selepas mencapai tarikh matang.

 

Menilai Bon

Dalam menilai sesuatu bon, agensi penarafan memainkan peranan penting untuk menilai keupayaan bon-bon yang ada di pasaran. Agensi penarafan yang terkenal seperti The Fitch, Standard & Poor dan Moody’s merupakan badan yang terkenal dalam memberi penilaian kepada bon-bon di serata dunia. Pelabur-pelabur bon sangat mementingkan penilaian yang diberikan oleh agensi penarafan kepada bon-bon yang ada di pasaran. Mereka tidak ingin mengambil risiko sekiranya bon-bon ini default kerana pulangan kepada mereka akan terjejas.

 

Bacaan berkaitan: Fungsi Agensi Penarafan Kredit

Bacaan berkaitan: Kaedah-kaedah Bon Diterbitkan

 

Maksud Sukuk

Sukuk pula merupakan instrumen kewangan yang sama seperti bon. Tetapi, pengisu bon mesti mencagar aset mereka untuk meminjam hutang daripada mana-mana pelabur sukuk. Untuk pelabur-pelabur yang mementingkan nilai-nilai Islam, sukuk menjadi pilihan kepada mereka kerana ianya patuh syariah. Perbezaan paling ketara antara sukuk dan bon adalah sukuk dilindungi dengan aset.

 

Sebagai contoh, syarikat tenaga ABC ingin memerlukan modal perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Syarikat ABC mempunyai sebuah stesen janakuasa elektrik dan memerlukan RM 50 juta untuk tujuan mengembangkan perniagaan. Syarikat ABC akan mengisu sukuk kepada pelabur. Setelah sukuk diisu, syarikat ABC akan memperolehi RM 50 juta daripada pelabur dengan stesen janakuasa sebagai cagaran. Sekiranya, berlaku default stesen janakuasa elektrik akan bertukar milik kepada pelabur sukuk.

 

Sukuk dan bon merupakan instrumen kewangan yang sangat penting kepada kerajaan dan syarikat korporat. Kerajaan perlu memastikan perkembangan ekonomi di dalam negara dan kerajaan memerlukan modal yang besar. Justeru, kerajaan akan menerbitkan bon untuk membiayai projek-projek infrastruktur yang akan mengembangkan ekonomi di dalam negara. Manakala untuk syarikat korporat, mereka memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dengan membeli aset-aset baru, membiayai aktiviti R&D dan membiayai perbelanjaan operasi mereka.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.