fbpx

Selamat Jalan Tesco Dan Hello Lotus’s

0 363

Dalam seminggu, antara rutin penulis ialah membeli barang keperluan rumah beberapa kali di pasaraya besar Tesco Extra Plentong.

Bukan tidak mahu ke kedai biasa tetapi sudah menjadi tabiat membeli stok makanan selama dua hari dan sudah menjadi rutin selama beberapa tahun.

Advertisement

Namun yang pasti, nama Tesco Malaysia bakal menjadi sejarah sebaik saja usaha penjenamaan semula yang dijalankan pemilik barunya, Charoen Pokphand Group Co., Ltd (Kumpulan CP) selesai akhir tahun ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi syarikat peruncitan itu, ia kini dikenali sebagai Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd.

Anda boleh lihat gambar di bawah:

Tesco Lotuss
Kredit: World Of Buzz

Bagi penulis, ia sebenarnya sudah dijangka sejak tahun lepas lagi selepas Kumpulan CP memuktamadkan perjanjian pengambilalihan operasi Tesco di Asia dengan nilai AS$10 bilion (RM40.3 bilion) pada Mac 2020.

Menerusi pengambilalihan tersebut, Tesco yang berpangkalan di United Kingdom menyertai pemain peruncitan Eropah seperti Carrefour (Perancis) dan Metro AG (Jerman) keluar dari sektor peruncitan Asia dan kembali fokus kepada sektor peruncitan negara masing-masing.

Kumpulan CP dimiliki oleh jutawan Thailand Dhanin Chearavanont dan usaha ini sebenarnya sebahagian daripada rancangannya mendapatkan semula syarikat-syarikat peruncitan yang pernah dimiliki kumpulan tersebut.

Menerusi perjanjian tersebut, beliau memperoleh semula operasi peruncitan Lotus yang dijual kepada Tesco pada 1998 semasa Krisis Kewangan Asia termasuk 2,000 pasaraya besar dan pasaraya di Thailand.

Selain itu, ini juga dilihat satu cara untuk mengembangkan lagi peluang pelaburan baru lebih-lebih lagi selepas pertumbuhan ekonomi Thailand perlahan pada tahun lepas.

Mengikut laporan Bloomberg, penguasaan Chearavanont terhadap sektor ini selepas memuktamadkan pengambilalihan dijangka membawa pulangan lumayan berjumlah AS$7 bilion (RM28.2 bilion).

Pertukaran nama Lotus dapat dilaksanakan selepas Suruhanjaya Persaingan Perdagangan Malaysia (MTCC) meluluskan pengambilalihan Tesco Malaysia oleh Kumpulan CP pada November 2020.

Pengambilalihan ini termasuk 62 pasaraya/pasaraya besar di Semenanjung Malaysia dan 8,600 pekerja.

Syarikat turut memiliki rangkaian beli belah barangan rumah dalam talian paling meluas di Malaysia dengan lebih 100 trak penghantaran dan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan dan Ipoh.

Baca juga Mydin: Peruncitan Muslim Terbesar Di Malaysia

Source Alias, A. (2021). Tesco Malaysia kini dikenali sebagai Lotuss Malaysia. Berita Harian. Kaur, K. (2021). Bye Bye Tesco Malaysia, Retailer Changes Name to Lotus’s. The Rakyat Post. The Star. (2020). Tesco’s US$10b sale is Asia’s biggest 2020 deal.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.