fbpx

Sepintas Lalu Berkaitan Masalah Ekonomi Turki

0 902

Daerah Fatih pernah digegarkan dengan kes bunuh diri yang menyayat hati. Empat orang menggantung “Amaran cyanide. Telefon polis. Jangan masuk” di pintu hadapan.

 

Mereka yang merupakan adik-beradik di antara 48 hingga 60 tahun membunuh diri kerana tidak dapat menjelaskan bil elektrik (Shafak, 2019).

 

Advertisement

Kemurungan memang membinasakan, tetapi itulah dirasai rakyat Turki semasa negara mengharungi krisis.

Krisis ini berpunca daripada defisit akaun semasa yang terlalu besar, dan juga jumlah hutang swasta dalam matawang asing (O’Brien, 2018). Pendekatan kerajaan terhadap kadar faedah pun didapati mengeruhkan keadaan juga.

 

Malah hubungan antara Donald Trump dan Recep Tayyip Erdogan turut memainkan peranan kerana tariff yang menaikkan kos (Goujon, 2018). Semua ini menjadi asbab bagi krisis yang memendapkan nilai lira.

 

Setiap tahun Turki tidak dapat mengawal defisit yang terlalu banyak, kerana ekonomi selama ini dibangunkan dengan kemasukan modal daripada pinjaman dalam matawang asing (The Economist, 2018).

 

Jadi Turki perlu mendapatkan AS$200 bilion setiap tahun untuk membiayai akaun semasa mereka. Jika tidak, hutang pun bertambahan. Kerajaan mungkin boleh menampung bebanan hutang ini.

 

Namun pemerintahan Erdogan mementingkan penyelidikan dan pembangunan, serta pendidikan.

 

Maka kerajaan tidak dibenarkan memotong dana dalam dua sektor tersebut, mungkin kerana Erdogan tidak begitu yakin dengan sistem kapitalisme dunia susulan krisis 2008. Namun Erdogan tidak sama sekali duduk goyang kaki.

 

Sebuah pelan tindakan telah diumumkan bahawa dalam tempoh tiga tahun, Turki akan mengawal inflasi, merangsangkan pertumbuhan dan mengurangkan defisit akaun semasa.

 

Antara cabaran utama ialah nilai matawang lira yang teruk menyusut. Bukan setakat itu saja. Cubaan merampas kuasa juga menggugatkan kedudukan Erdogan, yang mula memilih orang-orang penting berdasarkan kesetiaan mereka.

 

Kuasa Erdogan pula tidak begitu kukuh, selepas Bank Negara membuat tindakan yang menentang dasar-dasarnya (Alderman & Rao, 2018).

 

Jadi Turki tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan mudah. Kerajaan memerlukan masa untuk mendapatkan kestabilan untuk kewangan negara, terutamanya selepas Turki menjadi mangsa belasahan koronavirus.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.