fbpx

Siapa Akan Mewarisi Menguasai Seluruh Jerman?

0 329

Jerman adalah sebuah negara yang sangat terkenal. Negara ini pula diasaskan dengan pengaruh budaya bangsa. Elemen bangsa sangat penting untuk Jerman.

Sama seperti negara lain, Jerman membahagikan kuasa antara ketua negara dan ketua kerajaan. Ketua negara seperti negara lain menggunakan jawatan presiden. Tetapi ketua kerajaan pula bukan seorang perdana menteri.

Advertisement

Sejak zaman imperialisme lagi, jawatan perdana menteri tidak pernah wujud dalam politik Jerman. Sebaliknya Jerman menggunakan jawatan canselor untuk ahli politik yang mengetuai kerajaan.

Jawatan Bundeskanzler (Canselor Jerman) ini bukan hak milik tunggal negara Jerman. Ia adalah warisan bangsa. Sebab itulah Austria dan Switzerland turut menggunakan Bundeskanzler.

Bundeskazler Austria
Bundeskanzler Switzerland

Ketiga-tiga Bundeskanzler (Austria, Jerman dan Switzerland) berasal daripada Reichskanzler (Canselor Alam Jerman).

Orang pertama memegang jawatan Reichskanzler adalah Otto von Bismarck (1871-1890), seorang pemain politik yang sangat cilik. Selama 19 tahun beliau mewarnai kepimpinan Jerman. Dan beliau berundur pun kerana tidak sekufu dengan Kaiser Wilhelm II.

Tiada pemimpin berjaya mengikuti jejak Bismarck, apatah lagi bertahan lebih daripada 19 tahun… sampailah hari ini.

Selepas Kembali Stabil

Bangsa Jerman terkenal dengan dua ciri paling menarik: 1) pemimpin lama memegang kuasa dan 2) pemikiran politik tidak sekufu. Baik Jerman Timur dan Jerman Barat… dan Jerman Moden.

Memang dua benda ini paling ketara pada mereka. Sejak bergabung 31 tahun dulu, Bundeskanzler haya dipegang tiga orang. Angela Merkel pula bakal bersara dalam masa dua bulan (Smith & Eckardt, 2018). Beliau memerintah sejak 22 November 2005 tetapi tidak sempat mεmεcαh rekod Helmut Kohl.

Untuk membentuk kerajaan (dan menjadi Bundeskanzler), pemimpin Jerman memang biasa buat united government. Kiranya kerajaan minoriti senang kata. Merkel pun sama. Beliau mewakili sebuah gabungan CDU-CSU.

Tetapi pada tahun 2018, gabungan ini rεtαk begitu teruk kerana tidak setuju dalam bab pelarian. Ketua Parti CSU Horst Seehofer menjadi Menteri Dalam Negeri dalam Kabinet Merkel. Seehofer selamba menutup pintu sempadan Jerman (padahal Merkel cakap lain) kerana tidak mahu pendatang baru.

Dalam kalangan CDU pun begitu. Merkel memilih Annegret Kramp-Karrenbauer sebagai pengganti.

Tetapi beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti CDU kerana tidak mampu menyatukan dua blok dalam parti (Oltermann & Connolly, 2020), diganti Armin Laschet yang akal menjulang sepanduk CDU/CSU dalam pilihan raya kelak.

Untuk membentuk kerajaan, CDU/CSU selama ini bekerjasama dengan parti SPD. Sekarang SPD pun tidak bersatu hati sesama sendiri. Dalam pilihan raya 2017, CDU/CSU dan SPD hilang banyak kerusi angkara kebangkitan haluan kanan parti AfD.

Kedatangan parti FDP pula merαgµt undi liberal daripada CDU/CSU dan SPD.

Untuk pengetahuan semua, pilihan raya 2017 adalah terburuk untuk SPD. Jadi mereka cuba membetulkan kedudukan dengan muka-muka baru yang diterajang teruk dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah.

CDU/CSU dan SPD turut menyusut dalam dua pilihan raya negeri iaitu di Hamburg (2020) dan Baden-Wurttemberg (2021).

Dalam ketiga-tiga pilihan raya ini (Eropah, Hamburg dan Baden-Wurttemberg), parti Green paling menyerlah…. membawa dasar pro-persekitaran dan keadilansosial yang semakin diminati anak muda Jerman.

Pertembungan akan datang adalah seperti berikut:

Biasanya CDU/CSU dan SPD akan membolot semua kerusi. Hanya sekali saja CDU/CSU bekerjasama dengan FDP. Bermakna tiga parti lain belum pernah duduk di kerusi empuk kerajaan. Melihat kemekaran halunan kanan di Austria, tidak pelik jika pengundi-pengundi Jerman mengetepikan CDU/CSU dan berpihak pada AfD.

SPD yang bergantung pada “undi kerjasama” dan undi liberal perlu bertahan kerana wajah muda dalam parti Green semakin kuat beraksi.

Mereka hanya perlu 300 kerusi sahaja. 300 kerusi untuk mengganti Merkel dan mewarisi jawatan Otto Von Bismarck.

Siapa akan menang?

RUJUKAN:

Oltermann, P., & Connolly, K. (2020, Februari 10). Annegret Kramp-Karrenbauer to quit as CDU leader amid far-right ‘firewall’ row. The Guardian.

Smith, A., & Eckardt, A. (2018, Oktober 29). German Chancellor Angela Merkel will not run again as leader. NBC News.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.