fbpx

Siapa Sebenarnya Pemilik Baru Newcastle United?

0 274

Pada tahun lepas, kita digemparkan dengan berita Newcastle United bakal diambil alih oleh Saudi Arabia’s Public Investment Fund (PIF). Hal ini sekaligus akan membuatkan Newcastle United mampu menjadi kuasa baru bola sepak Eropah.

Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawasanya pasukan elit Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Manchester United dan Liverpool bakal berada di bawah tapak kaki Newcastle United.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pengambilalihan tersebut tidak menjadi kenyataan ekoran campur tangan BeIN sebagai penyiar rasmi EPL di Timur Tengah. Hai ini PIF datang lagi dan diberitakan mereka telah berjaya memiliki sepenuhnya Newcastle United. Pemilikan ini telah menjadikan Newcastle sebagai kelab bola sepak paling kaya di dunia.

Jadi apa sebenarnya PIF ini?

PIF merupakan sebuah dana pelaburan awam yang ditubuhkan oleh Arab Saudi dibawah kementerian kewangan pada tahun 1971 bagi mempelbagaikan sumber pendapatan negara tersebut. Pada asalnya PIF berfungsi untuk membantu syarikat-syarikat yang memberi banyak kepentingan kepada ekonomi Arab Saudi.

Menjelang tahun 2015, PIF dijenamakan semula dibawah Council of Economic and Development Affairs (CEDA) yang dipengerusikan oleh putera mahkota Arab Saudi iaitu Putera Mohammed Bin Salman Bin Abdul Aziz. Kali ini PIF akan berfungsi sebagai dana pelaburan buat Arab Saudi yang akan memberikan pulangan jangka penjang kepada ekonomi negara itu. Sehingga ke hari ini, PIF miliki aset bernilai lebih kurang $ 400 bilion.

Jadi pelaburan PIF ke atas Newcastle United boleh dikatakan agak berbaloi kerana pasukan itu beraksi di liga yang paling mahal di dunia. Dari situ PIF boleh menjana keuntungan melalui hadiah kemenangan, jual beli pemain dan hak penyiaran.

Bagi barangan rasmi kelab pula, usah khuatir kerana Newcastle adalah antara kelab terbesar di England. Malah kelab itu juga memiliki fanbase di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Namun kurangnya adalah Newcastle United belum pernah memenangi trofi EPL. Jika Newcastle mampu memenangi EPL pasti jumlah penyokong akan bertambah sama sebagai mana Manchester City dan JDT.

Bagi Arab Saudi pula, pelaburan ini amat penting bagi memastikan mereka tidak terlalu bergantung kepada minyak mentah. Hal ini demikian kerana dunia sedang bergerak kepada penggunaan kereta elektrik sepenuhnya. Ditambah pula kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga sudah memiliki sumber minya tersendiri. Malah sumber minyak Arab Saudi dikhuatiri akan habis jika terus digunakan tanpa pedoman. Jika Arab Saudi terus berdegil untuk bergantung kepada sumber minyak semata-mata, pasti di masa hadapan negara itu bakal menghadapi kesulitan.

Persoalannya sekarang adakah Newcastle United mampu memberikan pulangan berbaloi kepada FIP. Adakah Newcastle akan mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini?

RUJUKAN:

Chen, J. (2020, Oktober 4). Public Investment Fund of Saudi Arabia. Investopedia. Dipetik daripada https://www.investopedia.com/terms/p/public-investment-fund-saudi-arabia.asp

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.