fbpx

Singapura Hadapi Masalah Walau Dilabel Berjaya

0 672

Singapura mengimbangi pembangunan pesat dan kemapanan sosial dengan perdagangan yang bebas. Tiga faktor ini meletakkan Singapura di persada global dengan imej yang disegani.

Pencakar langit dinaikkan satu demi satu, hingga sebuah pusat perniagaan besar menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun negara ini juga menghadapi masalah. Tiada negara yang bebas daripada belenggu cabaran.

Advertisement

Kejayaan Singapura bermula dengan seorang pemimpin yang berjaya menggabungkan keberkesanan dan kemahiran.

singapore
Kredit: Easyuni

Lee Kuan Yew menggunakan demokrasi terpimpin untuk menentukan hala tuju sebuah negara. Beliau jauh sekali seorang pemimpin yang demokratik seperti Barat.

Hal ini demikian kerana beliau faham politik tempata Asia Tenggara. Cuma autokrasi beliau jauh sekali untuk melahirkan seorang diktator rantau.

Kuan Yew melengkapkan Singapura dengan undang-undang penting. Jadi Singapura berjaya menjadi sebuah lokasi tarikan.

Namun sekarang ini Singapura berdepan dengan situasi Jepun: pertumbuhan perlahan. Tahun 2011 ialah kali terakhir Singapura mencatatkan pertumbuhan melebihi enam peratus.

Purata pertumbuhan dekad lalu bagi Singapura ialah 3.64 peratus, manakala Malaysia misalnya 5.08 peratus. Dua angka ini tidak melibatkan tahun 2020, yang terjejas angkara COVID-19.

graf
Perbandingan pertumbuhan ekonomi dekad antara Malaysia dan Singapura.

Malaysia pula menghadapi pertumbuhan perlahan susulan peralihan kuasa antara Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad.

Singapura hampir meleset pada tahun 2019, kerana kelemahan industri utama iaitu elektronik, kimia dan kejuruteraan (Choo, 2020).

Industri ini pula menjadi lemah angkara perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Situasi ini menunjukkan bahawa Singapura sekarang ini sedang menghadapi cabaran baharu, belum lagi pasal COVID-19 yang menggulung tikar ribuan syarikat.

COVID-19 menimpa Singapura di saat yang sangat genting. Populasi negara itu masih bergelut dengan ketidaksamarataan ekonomi, sesuatu yang dilaporkan sebelum pandemik lagi (Zarroli, 2015).

Ketidaksamarataan ini ialah suatu perkara biasa bagi negara yang mengalami pembangunan pesat. Singapura ialah sebuah negara kaya, yang rakyatnya tidak mampu untuk bersara (Naidu-Ghelani, 2013).

Baru sedap menikmati persaraan, simpanan mereka akan lebur terus. Jadi mereka perlu bekerja, bekerja dan terus bekerja.

Jadi prasangka yang menyatakan sejarah Singapura ialah sebuah kisah berjaya mungkin terlalu banyak diromantiskan. Negara ini juga mengalami kesukaran tersendiri, yang masih belum dibendung sepenuhnya.

Source Choo, Y.T. (2020, Januari 2). Singapore’s economy grew 0.7% in 2019, down from 3.1% in 2018: flash data. The Straits Times. Naidu-Ghelani, R. (2013, Februari 20). A wealthy nation that can’t afford to retire. CNBC. Zarroli, J. (2015, Mac 29). How Singapore became one of the richest places on Earth. NPR.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.