fbpx

INAI2U Lancar Platform Digital Untuk Menyokong Lebih Daripada 350 Ejen

Dengan fungsi baharu membolehkan ejen fokus pada jualan dan pengurusan pos berpusat bagi meminimumkan risiko Covid-19

0 282

Pulau Pinang, Malaysia – 1 November 2020: Inaidamia Sdn Bhd, syarikat yang memasarkan produk inai asli, halal & selamat bakal melancarkan sistem ejen
INAI2U sebagai penambahbaikan bagi menggantikan sistem pengurusan ejen
yang sedia ada. Objektif utama penggunaan sistem ejen INAI2U adalah
bertujuan untuk menjamin pengurusan dalam ekosistem jaringan pengedar
yang lebih cekap dan akan membantu para pengedar untuk menguruskan
perniagaan dan pasukan dengan lebih sistematik.

Beberapa penambahbaikan yang terdapat dalam INAI2U adalah sistem
pendaftaran pengedar dan pembelian yang lebih bersistematik. Paparan
laporan data jualan, ranking pengedar berasaskan KPI juga turut diaktifkan
dalam sistem ejen INAI2U ini.

Advertisement

Selain dari itu, pihak syarikat juga akan menyediakan bahan-bahan pemasaran
bersepadu untuk digunakan oleh pengedar dan ejen di seluruh Malaysia.
Sistem baru ini juga turut memberikan nilai tambah dan perkongsian
keuntungan yang lebih baik dan telus pada semua pengedar dan ejen yang
berdaftar. Penyata pendapatan juga boleh dimuat turun secara automatik
setiap bulan untuk memudahkan dokumentasi.

Paling menarik & unik sekali ialah sistem baru ini turut membolehkan
pendapatan pengedar untuk diwarisi. Maklumat waris boleh dimasukkan ke
dalam sistem semasa pendaftaran.

“Sistem pengurusan ejen baru Inai2u ini bakal memberi manfaat kepada lebih
356 pengedar sedia ada dan mampu menampung jumlah pengedar serta ejen
yang lebih ramai. Sistem ini antara lain turut menyediakan khidmat pengeposan
secara berpusat melalui ibu pejabat. Ini mengurangkan keperluan pengedar untuk berurusan di luar rumah sekaligus risiko jangkitan virus Covid-19 serta
kemalangan dapat diminimumkan”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Inaidamia,
Amirul Naain Zulkhairi.

CEO, Amirul Naain bin Zulkhairi bersama Pengasas Noorhazlinda Ridzuan. Pengasas memulakan Inaidamia pada tahun 2016 dengan modal permulaan RM500 sahaja.

“Dalam krisis Covid-19 ini, sistem pengurusan INAI2u ini disediakan untuk
membolehkan pengedar dan ejen untuk lebih fokus pada jualan dan tambah
pendapatan. Yang lain-lain akan diuruskan oleh syarikat”, katanya.

Sistem Ejen INAI2U adalah sistem yang beroperasi sepenuhnya secara atas
talian. Para pengedar boleh melayari https://inaidamia.my/login/ untuk
mengakses sistem ejen INAI2U.

Set Produk Inai dari Inaidamia

Objektif peralihan kepada sistem ini diyakini akan memberi impak positif dalam
perkembangan syarikat dan pengurusan sistem pengedar yang saban hari
semakin meningkat keahliannya.

Mengenai Inaidamia Sdn Bhd.
Inaidamia Sdn Bhd adalah syarikat yang memasarkan produk inai daun asli
yang halal, dan selamat digunakan yang beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau
Pinang. Inaidamia adalah jenama peneraju dalam pasaran inai daun asli & halal
dengan rangkaian produk-produk yang berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia. Rangkaian kedai dan pengedar produk Inaidamia ada di
seluruh Malaysia. Dapatkan maklumat terkini di www.inaidamia.com

You might also like