
Solve For Tomorrow Samsung Malaysia mencatat jumlah perserta tertinggi dengan 73% daripadanya terdiri oleh pelajar perempuan
Solve for Tomorrow Samsung bertindak sebagai platform untuk mendorong dan memberi inspirasi kepada pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 & Tingkatan 2) untuk menyelesaikan masalah tempatan dan membina prototaip menggunakan Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) untuk mengatasi dua isu utama masyarakat – ‘Akses kepada Pendidikan’ dan ‘Kelestarian Alam Sekitar’.
Kajian berulang kali melaporkan bahawa subjek dan kerjaya dalam bidang STEM dianggap sebagai bidang yang didominasi oleh lelaki, dan saintis adalah kebanyakannya lelaki. Kekurangan penyertaan wanita dalam bidang STEM didokumentasikan dengan baik. Walau bagaimanapun, jumlah peserta wanita di Solve for Tomorrow 2021 mengatasi perwakilan lelaki (73% peserta adalah wanita), membuktikan bahawa gadis dan wanita adalah masa depan STEM.
Advertisement
Kerajaan Malaysia menyedari bahawa penyertaan wanita dalam bidang STEM perlu dimanfaatkan untuk mendorong pembangunan ekonomi dan nasional. Negara ini berhasrat untuk terus meningkatkan bilangan wanita yang menyertai STEM. Sejajar dengan ini, Solve for Tomorrow Samsung mewujudkan ekosistem yang menyokong untuk memberi peluang kepada wanita untuk memasuki dan menceburi kerjaya dalam industri STEM. Platform ini memberi mereka aktiviti rangkaian dan mendorong mereka untuk menjalankan kerjaya di STEM.
Baru-baru ini, pertandingan ini mengumumkan 10 finalis separuh akhir di mana penyertaan pasukan adalah dari sekolah-sekolah yang terletak di Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur. Jawatankuasa penghakiman untuk pertandingan ini gembira dengan hasil dan kualiti projek yang melebihi semua harapan. Kali ini terdapat beberapa projek yang mencetuskan pemikiran, termasuk tong bertenaga suria yang mengandungi sensor untuk mengelakkan isi tong sampah melimpah, dan aplikasi yang membolehkan pelajar berhubung dengan orang lain dari bidang yang sama untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mata pelajaran tersebut.
Samsung Malaysia dan Pusat STEM Universiti Malaya gembira dengan sambutan yang diterima sepanjang Solve for Tomorrow 2021 dan ingin terus memberi inspirasi kepada minda muda melalui STEM.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Solve for Tomorrow, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/
10 Penyertaan Yang Layak Memasuki Peringkat Separuh Akhir adalah
