fbpx

Subway: Kisah Kejayaan Yang Anda Harus Tahu

0 209

Ingat tak masa zaman belajar dekat universiti, setiap malam pasti akan ada yang jual makanan dari bilik ke bilik dengan harga murah. Cara itu juga menjadi pemula kepada rangkaian francais Subway.

Pada awalnya pengasas Subway iaitu Fred DeLuca hanya menjual sandwic dari bilik ke bilik bagi menampung kos pengajian perubatan di universiti. Tanpa disangka, sandwic tersebut mendapat permintaan tinggi lantas mendorong Fred untuk membuka kedai makan. Dengan pinjaman sebanyak $1000, Fred bersama rakanya iaitu Peter Buck telah membukan kedai makan pertama dengan nama Pete’s Super Submarines pada 1965.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pembukaan kedai makan tersebut tampak gagal apabil mereka berdua hanya mampu menjana $6. Mereka tidak berputus asa dan terus mencuba membuka kedai makan yang ketiga tetapi tetap gagal. Berbekalkan sisa semangat yang ada, mereka telah membuka kedai makan ketiga dengan nama Subway. Untuk kali ini mereka berjaya menjana keuntungan sebanyak $7000 pada tahun pertama Subway beroperasi. Melihat kepada masa depan Subway yang agak cerah, Fred telah mengambil keputusan untuk meninggalkan terus bidang perubatan.

Menjelang tahun 1974, mereka telah tetapkan sasaran untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 cawangan restoran. Namun sampai sahaja tahun tersebut, mereka hanya terdaya membuka 16 cawangan sahaja. Masalah mula timbul apabila kesemua kedai yang dibuka oleh mereka memiliki kualiti yang berbeza daripada pelbagai aspek. Hal ini telah menyebabkan beberapa cawangan Subway sukar menerima pelanggan.

Menyedari kesukaran ini, Fred berpendapatan model perniagaan francais adalah cara terbaik untuk kembangkan perniagaan mereka. Jadi Fred telah memujuk seorang rakannya iaitu Brian Dixon untuk membuka francais pertama Subway di kawasan lain. Lantaran daripada kejayaan tersebut, sebanyak 14 lagi francais Subway berjaya dibuka.

Penggunaan konsep francais ini ternyata memudahkan Fred untuk mengawal aspek kualiti yang sebelum ini terjejas teruk. Prinsip Fred satu sahaja iaitu menyediakan makanan terbaik buat pelanggan. Oleh itu, Fred amat menitikberatkan kesegaran makanan bahkan hanya mahu menjual real food sahaja.

Jangan terkejut kerana Fred juga mahu roti dibakar di kedai betul-betul depan pelanggan bagi membuktikan produk Subway sangat segar. Secara tidak langsung, pendekatan ini membantu meningkatkan reputasi Subway di mata pelanggan.

Selepas itu Subway terus berkembang dengan pembukaan francais pertama di Asia iaitu di Bahrain. Menjelang tahun 1998, Subway berjaya membuka francais yang ke 10,000 dan mudah didapati disetiap pelusuk dunia.

Dasar pengiklanan yang unik juga sangat membantu menaikkan jenama Subway. Disebabkan Subway lebih kepada makanan segar dan real food, Subway telah menetapkan pelanggan sasaran kepada golongan overweight dan obesiti. Hasilnya terdapat seorang pelanggan yang menyatakan berat badannya telah turun sebanyak 111 kilogram dengan menketedarah Subway.

Hal ini telah meningkatkan tahap keyakinan orang ramai untuk kurus memandangkan Amerika Syarikat sedang bergelut dengan tahap obesiti yang sangat teruk. Mungkin Subway boleh gunakan teknik yang sama di Malaysia, memandangkan kita merupakan negara paling gemuk di Asia Tenggara.

Kesimpulannya, sikap Fred dan Peter yang tidak mudah mengalah harus kita contohi. Malah tindakan Fred untuk mengambil risiko menukar kerjaya perlu diteladani. Hasilnya hari ini, Subway mampu bersaing dengan gergasi yang lain seperti Mcdonald’s dan Domino’s. Nak buat apa-apa sekalipun kena yakin dan kuat berusaha.

RUJUKAN:

Succes Story. (2021). Subway succes story. Dipetik daripada https://successstory.com/companies/subway

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.